Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
2013/01/31
2013/01/31
Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan
Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab
bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri
Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.
Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.
“Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan.
“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya,” katanya.
BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.
Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
“Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa,” katanya.

--- BERITA HARIAN