Tuesday, November 28, 2023

Privacy Policy for Kelantan TRW

Privacy Policy for Kelantan TRW

At Kelantan TRW, accessible from https://kelantantrwsupporter.blogspot.com/, one of our main priorities is the privacy of our visitors. This Privacy Policy document contains types of information that is collected and recorded by Kelantan TRW and how we use it.

If you have additional questions or require more information about our Privacy Policy, do not hesitate to contact us.

Log Files

Kelantan TRW follows a standard procedure of using log files. These files log visitors when they visit websites. All hosting companies do this and a part of hosting services' analytics. The information collected by log files include internet protocol (IP) addresses, browser type, Internet Service Provider (ISP), date and time stamp, referring/exit pages, and possibly the number of clicks. These are not linked to any information that is personally identifiable. The purpose of the information is for analyzing trends, administering the site, tracking users' movement on the website, and gathering demographic information. Our Privacy Policy was created with the help of the Privacy Policy Generator.

Cookies and Web Beacons

Like any other website, Kelantan TRW uses "cookies". These cookies are used to store information including visitors' preferences, and the pages on the website that the visitor accessed or visited. The information is used to optimize the users' experience by customizing our web page content based on visitors' browser type and/or other information.

For more general information on cookies, please read the "Cookies" article from the Privacy Policy Generator.

>>>>>>> parent of e1b9ab7 ([brands] Updated credits link)

Google DoubleClick DART Cookie

Google is one of a third-party vendor on our site. It also uses cookies, known as DART cookies, to serve ads to our site visitors based upon their visit to www.website.com and other sites on the internet. However, visitors may choose to decline the use of DART cookies by visiting the Google ad and content network Privacy Policy at the following URL – https://policies.google.com/technologies/ads

Our Advertising Partners

Some of advertisers on our site may use cookies and web beacons. Our advertising partners are listed below. Each of our advertising partners has their own Privacy Policy for their policies on user data. For easier access, we hyperlinked to their Privacy Policies below.

Privacy Policies

You may consult this list to find the Privacy Policy for each of the advertising partners of Kelantan TRW.

Third-party ad servers or ad networks uses technologies like cookies, JavaScript, or Web Beacons that are used in their respective advertisements and links that appear on Kelantan TRW, which are sent directly to users' browser. They automatically receive your IP address when this occurs. These technologies are used to measure the effectiveness of their advertising campaigns and/or to personalize the advertising content that you see on websites that you visit.

Note that Kelantan TRW has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.

Third Party Privacy Policies

Kelantan TRW's Privacy Policy does not apply to other advertisers or websites. Thus, we are advising you to consult the respective Privacy Policies of these third-party ad servers for more detailed information. It may include their practices and instructions about how to opt-out of certain options.

You can choose to disable cookies through your individual browser options. To know more detailed information about cookie management with specific web browsers, it can be found at the browsers' respective websites. What Are Cookies?

Children's Information

Another part of our priority is adding protection for children while using the internet. We encourage parents and guardians to observe, participate in, and/or monitor and guide their online activity.

Kelantan TRW does not knowingly collect any Personal Identifiable Information from children under the age of 13. If you think that your child provided this kind of information on our website, we strongly encourage you to contact us immediately and we will do our best efforts to promptly remove such information from our records.

Online Privacy Policy Only

This Privacy Policy applies only to our online activities and is valid for visitors to our website with regards to the information that they shared and/or collect in Kelantan TRW. This policy is not applicable to any information collected offline or via channels other than this website.

Consent

By using our website, you hereby consent to our Privacy Policy and agree to its Terms and Conditions.

Monday, June 1, 2020

Penyokong Kelantan diminta beri kepercayaan kepada KAFA- Rosmadi Ismail




01/06/2020 11:12 AM

KOTA BHARU, 1 Jun -- Penyokong Kelantan diminta memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan kemelut yang menyelubungi persatuan itu ketika ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Rosmadi Ismail berkata ini kerana kepimpinan KAFA dibarisi mereka yang arif dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaat untuk mencari jalan keluar daripada kemelut tersebut.

"KAFA mempunyai pakar dalam pelbagai bidang sama ada perundangan, perniagaan mahupun tokoh korporat, pada masa inilah semua kepakaran ini harus bergabung," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ketika ini, KAFA yang diterajui Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berdepan kecaman hebat penyokong kerana gagal membawa perubahan kepada pasukan Kelantan yang kini menghadapi masalah kewangan kritikal termasuk tidak mampu membayar gaji semasa pemain.

Selain itu, persatuan juga diarahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar melunaskan tuntutan tunggakan gaji pemain import sekiranya mahu terus beraksi dalam arena bola sepak.

Situasi semakin buruk apabila Datuk Wan Rakemi Wan Zahari  melepaskan jawatan sebagai Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd selaku entiti yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020, sekali gus menyaksikan After Image Sdn.Bhd sebagai pemegang taruh terbesar dalam TRWSB turut menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan.

Mengulas lanjut, Rosmadi yang juga bekas Naib Presiden KAFA berkata barisan kepimpinan membuktikan mereka sayangkan bola sepak Kelantan kerana sanggup menawarkan diri serta mengambil risiko untuk mengemudi persatuan tatkala KAFA dilanda pelbagai masalah.

“Macam saya sendiri, apabila saya disebut sebagai calon untuk mengambil alih kepimpinan KAFA tahun lalu, saya awal-awal lagi menolak kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya. Jadi saya berharap penyokong terus memberi sokongan kepada kepimpinan yang ada, saya yakin mereka takkan lepas tangan,” katanya.

Beliau turut mengakui KAFA mengalami kesukaran mendapatkan pengganti setara bekas presidennya Tan Sri Annuar Musa yang menyumbang kepada perubahan wajah bola sepak Kelantan untuk muncul sebagai kuasa besar bola sepak negara semasa era kegemilangannya.

-- BERNAMA

KAFA kemuka rayuan kekal tawaran pemotongan levi stadium

foto: Harian Metro



31/05/2020 04:20 PM

KOTA BHARU, 31 Mei -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan rayuan bagi mengekalkan tawaran pemotongan levi sebanyak RM100,000 yang pernah ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada persatuan itu pada 2018.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata tawaran itu dibuat ketika Bibi Ramjani Ilias Khas menggalas tugas sebagai presiden persatuan namun pembayaran tidak dilakukan menyebabkan pengurusan baharu terpaksa menanggung hutang berkenaan.

“KAFA akan membuat rayuan agar tawaran pemotongan itu kekal sehingga 2020 memandangkan persatuan ketika ini berdepan masalah kewangan selepas terkesan dengan penularan COVID-19 yang melanda negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Kelantan tidak berdiam diri dalam membantu kemelut kewangan KAFA dengan menawarkan pemotongan hutang dan levi penggunaan Stadium Sultan Muhammad lV berjumlah RM1 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata kerajaan negeri menawarkan diskaun dengan KAFA hanya perlu membayar RM100,000 dalam usaha membantu kewangan persatuan itu.

Husin berkata  rayuan itu akan dibuat  dalam masa terdekat selepas KAFA kehilangan punca pendapatan menerusi kutipan tiket apabila Liga Malaysia (Liga-M) ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19.

“KAFA kini tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh memandangkan tiada perlawanan berlangsung selain terpaksa reda apabila syarikat kerjasama menarik diri daripada bersama-sama menguruskan pasukan memandangkan mereka turut menghadapi masalah kewangan ketika ini.

“KAFA merayu agar rakyat dan penyokong setia bola sepak Kelantan terus menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban kewangan persatuan,” katanya.

-- BERNAMA

Saturday, May 30, 2020

KAFA tarik nafas lega Cassio sedia runding isu tunggakan gaji


29/05/2020 06:07 PM

Cassio Francisco de Jesus (kanan) - Gambar fail

KOTA BHARU, 29 Mei -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menarik nafas lega apabila bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus sedia berunding mengenai tunggakan gajinya dengan persatuan itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA Ahmad Muzakkir Hamid berkata kesediaan pemain itu adalah perkembangan terbaru dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu kedua-dua pihak.

"Kami akan memanfaatkan tempoh masa yang ada ini untuk sama-sama mencari jalan mencapai kata sepakat dalam isu itu.

"Peguam Cassio, Zhafri Aminurashid mahu rundingan terbabit dilakukan secara mediasi mengikut lunas undang-undang di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memastikan hak pemain itu terjaga dan tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

KAFA dilaporkan mempunyai tunggakan gaji sebanyak RM629,620.28 dengan pemain kelahiran Brazil itu dan berdepan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ahmad Muzakkir berkata rayuan KAFA akan terbatal secara automatik selepas mediasi dilakukan dan CAS akan memberi perintah persetujuan ke atas persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, beliau berkata KAFA akan mengadakan mesyuarat pada 10 Jun depan bagi membincangkan hala tuju perjalanan persatuan yang berdepan kemelut kewangan.

-- BERNAMA

Friday, December 6, 2019

KAFA kenal pasti awang import perkuat The Red Warriors musim depan

Tarikh kemaskini: 05/12/2019



KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sudah mengenal pasti beberapa pemain import, untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW), bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Presiden KAFA Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata antara yang berada dalam radar mereka termasuklah beberapa pemain dari Nigeria, Kyrgystan, Liberia dan Senigal, yang dilihat mampu membantu menaikkan semula imej bola sepak Kelantan dalam Liga Premier.

“Di samping mengenal pasti pemain import, KAFA turut mengintai beberapa pemain tempatan, yang sudah melakar nama dalam Liga M musim ini, untuk dibawa ke TRW... sekurang-kurangnya dua, manakala sebahagian besar pemain pada musim ini terus dikekalkan.

"Nama pemain tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selepas kami meneliti semua senarai cadangan yang dikemukakan ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah pada mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif KAFA, 15 Dis ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media, selepas majlis penyerahan tajaan Rasniaga Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Wan Abd Rahim merakamkan penghargaan kepada pihak Rasniaga Sdn Bhd yang menjadi penaja utama skuad Kelantan dengan jumlah tajaan bernilai RM100,000.

"Terima kasih kepada pihak Rasniaga di atas penajaan kepada skuad The Red Warriors dan juga sudi menaja sebuah motorsikal, sebagai hadiah cabutan bertuah untuk pembeli tiket semusim.

"Peminat bola sepak negara bukan sahaja bakal menyaksikan barisan pemain yang baharu, malahan berpeluang untuk memenangi motosikal tersebut menerusi pembelian tiket yang akan dijual bermula bulan hadapan", katanya.

The Red Warriors kekal dalam saingan Liga Premier musim 2020, selepas menamatkan saingan liga di kedudukan kedua terakhir daripada keseluruhan 11 pasukan pada musim ini.

-- BERNAMA

Wednesday, November 27, 2019

Pemain import: tidak perlu terburu-buru - Yusri Che Lah

Tarikh kemaskini: 25/11/2019

Foto Astro Awani


KOTA BHARU, 25 Nov -- Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkuatkan pasukan The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.

Yusri berkata walaupun beliau mendapat mandat sepenuhnya dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi pemilihan pemain terutamanya pemain import, beliau tidak mahu mengambil langkah 'rugi' dalam aspek itu.

"Saya akan melihat dari pelbagai aspek, apa yang penting pemain itu boleh bermain dengan sistem permainan saya dan cepat menyesuaikan diri dengan permainan bola sepak Malaysia serta rakan pasukan yang lain.

"Saya tidak boleh hanya melihat kepada rekod pencapaian pemain impot yang akan dibeli, ada mereka mempunyai rekod cemerlang di liga lain namun apabila datang ke Kelantan mereka gagal mempamerkan permainan yang diharapkan pasukan sehingga kita terpaksa menukar kepada pemain import lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada saingan musim ini, TRW nyaris disingkirkan ke Liga M3 musim hadapan berikutan prestasi tidak konsisten apabila berada di kedudukan ke-10 Liga Premier.

Yusri berkata keputusan pemilihan empat pemain import bergantung kepada kewangan yang telah diperuntukan oleh majikannya.

"Sudah tentu sebagai jurulatih saya mahu pemain yang bagus, namun perlu juga melihat kewangan persatuan, oleh itu saya tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan khidmat pemain asing.

"Sekarang ini sudah ada beberapa calon namun saya tidak boleh dedahkan untuk proses penilaian dan proses-proses lain," katanya.

Katanya, empat pemain import itu diperlukan bagi memperkuatkan posisi serangan, tengah dan pertahanan selain dibantu oleh pemain tempatan yang lain.

"Pada sesi latihan ketika ini saya memberikan tumpuan kepada tahap kecergasan dan taktikal pemain sedia ada. Senarai pemain akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

-- BERNAMA

Monday, October 21, 2019

KAFA perlu dana RM10 juta

Tarikh kemaskini: 20/10/2019


KOTA BHARU, 20 Okt -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih mencari penaja bagi mendapatkan dana sekurang-kurang RM10 juta bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Setiausaha Agung KAFA Husin Deraman berkata dana tersebut penting bagi memperkuatkan pasukan The Red Warrirors (TRW) dari segi pemain dan pengurusan pasukan yang berkualiti.

"Setidak-tidaknya kami memerlukan dana itu untuk mempersiapkan pasukan dengan menambah baik barisan pemain yang akan menyertai pasukan bagi memberikan saingan 'kuat' pada saingan Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

"(Melalui dana itu) kami juga perlu bekerja keras bagi mendapatkan pemain yang lebih berkualiti dan pengurusan lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini di bawah kepimpinan Bibi Ramjani Ilias Khan, TRW terpaksa bermain di Liga Premier berikutan gagal mengekalkan kedudukan pada saingan Liga Super dan pada musim ini pasukan terbabit hanya mampu berada di tangga ke-10.

Bagi musim 2020, pasukan terbabit akan diuruskan oleh pengurusan baharu yang dipimpin oleh ahli politik Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Husin berkata pihaknya mempunyai masa dua bulan bagi mencari penaja mempersiapkan TRW.

"Ada penaja menunggu pengesahan TRW mendapat lesen kelab bagi membolehkan pasukan layak beraksi pada saingan Liga-M musim ini.

"Kami sedang dan telah menyelesaikan beberapa perkara untuk mendapatkan lesen daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Sebelum ini Bernama melaporkan, persatuan terbabit melakukan rundingan dengan bekas pemain import TRW Margaro Gomis yang telah mengemukakan saman berikutan pengurusan sebelum ini gagal membayar tunggakan gaji.

Selain itu, persatuan terbabit telah menyelesaikan sebahagian hutang tunggakan melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menjadi satu daripada faktor perlesenan kelab pasukan TRW digantung.

-- BERNAMA