jaringan Ghaddar meranapkan impian 33 Selangor
SHAH ALAM, 12 Okt (Bernama) -- Kelantan berjaya melayakkan diri ke
perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 2-0 pada
perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat malam.
Dua jaringan skuad The Red Warriors dihasilkan oleh Mohamed Ghaddar Mahmoud pada minit ke-85 dan pemain gantian, Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-94.
Kelantan mara ke perlawanan akhir dengan keputusan agregat 3-0 selepas menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu lepas.
Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada 20 Okt ini.
-- BERNAMA