KEMELUT perpindahan Pemain Paling Bernilai 2012, Norshahrul Idlan
Talaha akhirnya selesai selepas FAM memutuskan pemain berkenaan bebas
daripada sebarang kontrak dengan Kafa.
Norshahrul atau dikenali Mat Yo pada mulanya menyatakan pendirian kekal bersama Kelantan memandangkan masih mempunyai kontrak sehingga 2013 dan itulah yang dinyatakannya selepas dinobatkan pemain terbaik Piala Malaysia 2012.
BERUBAH
Namun selang beberapa hari kemudian pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, akhirnya meluahkan hasrat ingin mencari angin baru bersama pasukan lain.
Hasrat berhijrah bukanlah kerana faktor kewangan tetapi ingin mencari pengalaman serta cabaran beraksi bersama pasukan baru hingga mencetuskan perasaan kurang puas hati dikalangan penyokong setia The Red Warriors.
BIRU
Sinonim dengan jersi merah dan putih kini Mat Yo haruslah menyesuaikan diri apabila menyarung jersi biru bersama Johor dibawah kendalian Fandi Ahmad dan mendapat nama baru dikalangan Wak Lan dikalangan peminat Harimau Selatan.
Sudah tentu keputusan FAM yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan Selasa lalu menyemarakan penyokong Harimau Selatan begitu juga The Red Warrios.
Takiyuddin menjelaskan setelah mendengar dan meneliti dokumen dikemukakan, jawatankuasa bersidang memutuskan kontrak Mat Yo tamat dan berkuatkuasa hari ini.
“Wakil Kafa hadir dihadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan 2013.
“Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan,” katanya.
TUTUP
Selang beberapa jam FAM memutuskan Mat Yo kini bebas, Johor terus menandatangani penyerang berkenaan untuk tempoh dua tahun disebuah hotel terkemuka ibu negara kira-kira jam sembilan malam.
Setiausaha Kehormat Johor, Suhairi Hashim mengesahkan mengikat penyerang sensasi itu bersama Johor.
"Johor telah menandatangani kontrak bersama Mat Yo untuk tempoh dua tahun.
"Butiran lanjut kontrak tidak didedahkan dan kenyataan mengenai oerkara itu akan diumumkan Presiden dalam masa terdekat.
"Johor ucapkan terima kasih kepada Kafa kerana bantu dan FAM demi kejayaan serta kemajuan bola sepak Malaysia," jelasnya.
KRONOLOGI PERPINDAHAN MAT YO

- 20 Oktober - Menyuarakan keyakinan kekal bersama Kelantan sehingga 2013.
- 28 Oktober - Mat Yo memohon untuk berhijrah namun Kafa menolaknya.
-
31 Oktober - Menerima Anugerah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah
Bola Sepak Kebangsaan 2012 100 Plus-Arena-FAM, iaitu kemenangan hatrik
bagi kategori tersebut sejak 2010.
-
2 Nov - Jurulatih Johor, Fandi Ahmad menyifatkan Mat Yo seorang pemain
bola sepak yang bijak dan kreatif, malah tiada pemain lain di negara
ini yang mempunyai kualiti seperti itu.
-
2 Nov - Johor dikhabarkan perlu membayar lebih RM1 juta sekiranya berminat mendapatkan khidmat penyerang Kelantan itu.
-
3 Nov - Johor tidak boleh membayar RM1 juta kepada Kafa sebagai tebus
kontrak untuk melepaskan Mat Yo kerana jumlah itu tidak menepati
peraturan ditetapkan FAM .
- 4 Nov - Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu menjelaskan isu bayaran perpindahan RM 1 juta tidak timbul jika Johor berminat mendapatkan Mat Yo.
- 6 Nov - Kafa tidak membincangkan isu perpindahan Mat Yo dalam mesyuarat pengurusan.
- 7 Nov - Kelate.net mahu Kafa segera selesaikan isu perpindahan Mat Yo.
- 11 Nov - Johor menafikan dakwaan tidak bersungguh mendapatkan Mat Yo kerana surat mengenainya telah dikirimkan kepada Kafa.
- 14 Nov - Kafa bersetuju melepaskan Mat Yo untuk sertai Johor.
- 16 Nov - Kafa terkejut dengan Johor yang menyediakan wang kepada penyerangnya, Norshahrul Idlan Tahala bagi menebus baki kontraknya bersama The Red Warriors.
- 20 Nov - Mat Yo tidak tersenarai dalam pasukan Kelantan 2013.
- 28 Nov - FAM memutuskan Mat Yo kini bebas daripada sebarang kontrak dengan Kafa.
- 28 Nov - Johor mengesahkan Mat Yo menandatangani kontrak 2 tahun secara tertutup disebuah hotel terkemuka di ibu negara kira-kira jam 9 malam.
--- SINAR HARIAN