KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badri Radzi nafi
ada menerima ‘tawaran lumayan’ untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim
(Johor DT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Sebaliknya Mohd Badri atau dikenali Piya tampil menegaskan khabar angin tersebut karut semata-mata dan turut melahirkan kekecewaan di atas tindakan pihak tertentu menyebar berita tidak berasas itu.
“Tumpuan saya ketika ini ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia. Saingan Liga-M pun tak habis lagi, jadi ini bukan masa yang sesuai untuk kita bercakap soal perpindahan pemain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Saya minta pihak berkenaan hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Saya ingin tegaskan, saya tidak pernah menerima tawaran sedemikian sama ada daripada Johor DT atau mana-mana pasukan lain sebagaimana tersebar di laman sosial.
Jeneral padang berusia 31 tahun itu turut memberitahu, beliau masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan tetap setia beraksi bersama negeri kelahirannya.
Khabar angin tersebar luas dalam laman Facebook semalam mengatakan kapten berpengaruh Kelantan itu bakal menerima gaji RM100,000 sebulan selain kesediaan pasukan berkenaan membayar wang perpindahan RM3 juta kepada Kafa bagi mendapatkan khidmat beliau.
Dalam perkembangan lain, Mohd Badri membayangkan beliau kemungkinan besar terlepas peluang kedua untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan bermula 11 Julai ini akibat kecederaan pangkal paha.
Menurutnya, kecederaan tersebut dialami sebelum perlawanan akhir Piala FA hujung bulan lalu dan situasi tersebut bertambah buruk dialami beliau ketika membantu Kelantan menewaskan Lions XII 2-0 tempoh hari.
“Ketika bertemu Perak, saya hanya diturunkan selaku pemain gantian dan sempat beraksi selama 30 minit. Namun saya ketepikan kesakitan tersebut apabila beraksi ketika Kelantan berdepan Lions XII semata-mata maruah negeri ini.
“Doktor menasihati saya berehat sekurang-kurangnya tempoh dua minggu. Apa boleh buat, memang saya terkilan kerana ini kali kedua saya tak dapat menyertai latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia,” katanya.

--- SINAR HARIAN