29 September 2012
AWAL penampilan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim bersama
skuad Liga Super Kelantan musim ini, ramai penyokong sangsi dengan
keupayaannya. Malah kehadirannya dipandang sinis apabila dilihat lebih
banyak berada di bangku simpanan sahaja.
Meski pun Kelantan ketika itu dibimbing oleh Peter Butler, seorang jurulatih yang gemar menggunakan kudrat pemain muda, namun sukar bagi Nik Mohd Shahrul Azim atau lebih dikenali panggilan Poknik menempatkan diri dalam kesebelasan utama The Red Warriors (TRW).
Tambahan pula di posisi pertahanan Kelantan, terdapat beberapa ‘nama besar’ seperti Mohd Daudsu Jamaluddin, Azizi Matt Rose, Mohd Rizal Fahmi, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail dan Mohd Farisham Ismail.
Begitu pun aksi cemerlang Poknik sepanjang musim ini menarik minat jurulatih bawah 22 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee memanggil pemain ini mewakili negara pada Kejohanan Piala SCTV yang berlangsung di Jakarta awal bulan ini.
Peluang diberikan Kim Swee digunakan sepenuhnya Poknik apabila beraksi cemerlang selama 90 minit dengan menewaskan skuad B- 22 Indonesia 1-0 untuk merangkul kejuaraan piala tersebut.
‘DEBUT’ PERTAMA
Begitu pun, kehadiran Bojan Hodak menggantikan Butler selaku Ketua Jurulatih Kelantan baru penghujung Februari ternyata mengubah nasib pemain muda kelahiran Rantau Panjang itu.
Pernah dilabelkan selaku pemain simpanan, Poknik mencipta ‘debut’ pertamanya bersama Kelantan apabila berada di dalam kesebelasan utama pasukan ketika turun menentang KL SPA FC dalam aksi perlawanan suku akhir kedua Piala FA.
Beraksi di bahagian pertahanan kanan, posisi asal milik Mohd Daudsu Jamaluddin, Poknik berjaya mempamerkan persembahan cemerlang apabila sering kali mudah mematahkan serangan pasukan lawan.
Malah aksi cemerlang dirinya terus menjadi pilihan jurulatih dari Croatia untuk disenaraikan pada perlawanan berikutnya sekiranya terdapat mana-mana pemain pertahanan lain yang mengalami kecederaan mahupun di gantung perlawanan.
BINA KEYAKINAN
Bekas Ketua Pasukan Piala Presiden Kelantan musim lalu itu tanpa berselindung mengakui perasaannya sedikit gementar apabila diberi peluang beraksi dengan pemain senior pada musim ini.
“Namun perasaan gugup itu hilang dan sedikit demi sedikit bertukar dengan satu keyakinan baru dalam diri saya. Saya akui musim pertama bersama skuad senior ini merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi mana-mana pemain muda seperti saya.
“Selain perlu bersaing dengan pemain senior bagi merebut tempat dalam pasukan, saya juga terpaksa membina semula keyakinan diri. Ia pasti berbeza apabila saya dahulu bermain dalam Piala Presiden tetapi kini mengharungi suasana yang cukup kompetetif di dalam Liga Super,” katanya.
PUJIAN HODAK
Kematangan Poknik yang beraksi cemerlang setiap kali diturunkan sering kali mendapat pujian Hodak yang menyifatkan Poknik merupakan produk masa depan Kelantan dan tidak ragu-ragu menyenaraikan pemain muda itu berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkannya.
“Saya percaya sekiranya Poknik terus diberi peluang bermain, dia akan mencapai kematangannya dengan cepat dalam bola sepak. Kita kena berikan dia masa dan saya berharap penyokong tidak mudah menyalahkan sekiranya dia melakukan kesilapan dalam satu-satu perlawanan,” katanya.

--- SINAR HARIAN