MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
21 Julai 2012
Barisan kesebelasan utama Kelantan yang diturunkan dalam aksi terakhir Liga Super 2012 menentang Sarawak Barisan kesebelasan utama Kelantan yang diturunkan dalam aksi terakhir Liga Super 2012 menentang Sarawak
MISI mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan memburu kedudukan itu. Namun The Red Warriors membuktikan mereka sememangnya berada dalam kelas tersendiri di pentas bola sepak Negara.
Setelah dikecewakan Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah 7 Januari lalu, Kelantan bangkit untuk menjulang Piala FA buat pertama kali dengan menewaskan Sime Darby FC 1-0 pada 19 Mei.
Dominasi Kelantan dalam pentas Liga Malaysia berterusan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua musim ini. Meraih 60 mata hasil 18 kemenangan, enam seri dan dua kekalahan meletakkan The Red Warriors selaku pasukan ketiga selepas Kedah (2006/07 dan 2007/08) dan Selangor (2009 dan 2010) meraih kejuaraan dua kali berturut-turut.
Tampil selaku juara, Kelantan bakal menerima ganjaran lumayan iaitu RM750,000 disamping insentif tambahan RM325,024 daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini bererti Kelantan akan menerima imbuhan keseluruhan berjumlah RM1.075 juta. Insentif tambahan tersebut diperkenalkan oleh badan induk bola sepak kebangsaan bermula saingan Liga Malaysia musim ini.
AKHIRI PENGUASAAN LIONS XII
Penguasaan pasukan Lions XII menerajui takhta liga hampir tiga bulan berakhir apabila Kelantan berjaya merakamkan kemenangan 1-0 ke atas musuh tradisinya, Selangor pada 29 Jun lalu.
Sebelum itu, pasukan bimbingan V Sundramoorthy itu kukuh cengkaman di persada liga dalam tempoh tersebut dan pada suatu ketika pernah meninggalkan pencabar terdekatnya, Kelantan dengan perbezaan enam mata.
Disusuli kejayaan Kelantan mencatatkan dua kemenangan (Negeri Sembilan 3-2) pada 3 Julai dan membelasah Perak 6-0 (7 Julai) akhirnya menobatkan The Red Warriors selaku juara musim ini.
Sebenarnya, hanya Kelantan dilihat pasukan tempatan tunggal yang mampu menyekat penguasaan kelab jemputan dari Singapura itu setelah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu gagal memberikan saingan mencabar sepanjang musim ini.
Bagi Kelantan, meraih kejuaraan Liga Super musim ini memberi makna yang begitu mendalam buat mereka. Setidak-tidaknya, mereka berjaya menyelamatkan maruah negara daripada membenarkan piala liga berprestij itu terlepas kepada kelab dari Singapura itu.
KEBAL DI GELANGGANG SENDIRI
Gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV terlalu kebal buat Kelantan sepanjang musim ini. Daripada 13 perlawanan di tempat sendiri, Kelantan merekodkan 11 kemenangan dan 2 seri di hadapan penyokong mereka.
Menariknya, hanya dua pasukan berstatus kelab, PKNS FC dan T-Team berjaya menyekat hajat Kelantan untuk meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri. Selebihnya 11 pasukan menerima padah apabila tersungkur kepada Kelantan di Kota Bharu.
Lebih membanggakan, Kelantan merakamkan dua kemenangan terbesar mereka sepanjang musim ini iaitu membenam Felda United FC 5-1 (31 Mac) dan terakhir membelasah Perak 6-0 pada 7 Julai lalu.
Daripada segi statistik, Kelantan muncul selaku pasukan yang menghasilkan jaringan terbanyak iaitu 53 gol atau purata dua gol bagi keseluruhan 26 perlawanan yang mereka hadapi dalam saingan Liga Super.
Mengetuai senarai penjaring gol terbanyak Kelantan ialah awang import mereka yang merupakan pemain kebangsaan Lubnan, Mohammad Ghaddar dengan sembilan gol, disusuli Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi (lapan gol), Indra Putra Mahayuddin (tujuh gol).
Penjaring terbanyak Kelantan musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha nampak gayanya tenggelam sepanjang musim ini apabila hanya mampu meledak enam gol untuk berkongsi kedudukan dengan Mohd Norfarhan Muhammad.
Sementara itu, gawang gol Kelantan juga paling sedikit dibolosi sepanjang musim ini iaitu hanya 18 gol atau purata 0.7 bagi setiap perlawanan. Kekebalan penjaga utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meletakkan beliau selaku pilihan utama Bojan Hodak untuk disenaraikan di dalam kesebelasan utama pasukan.
MILIKI BARISAN TERKUAT
Kalau juara Liga Premier, pasukan ATM gah dengan deretan pemain bertaraf bintang, Kelantan juga tidak kurang hebatnya. Malah kalau dilihat, senarai pemain Kelantan pada musim ini disifatkan barisan terkuat yang pernah dimiliki mereka sejak empat tahun lalu.
Menarik sebenarnya kalau diperkatakan mengenai persiapan pasukan Kelantan pada musim ini. Kelantan merupakan negeri terawal membentuk pasukan mereka sebaik sahaja tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim lalu.
Bermula dengan proses pemilihan awang import, tidak kurang 13 pemain luar hadir silih berganti untuk mencuba nasib di Kota Bharu. Akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memuktamadkan keputusan memilih bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri dan Mohammad Ghaddar untuk bersama mereka.
Kepulangan tiga pemain yang digelar ‘Tiga Abdul’ iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose ke pangkuan The Red Warriors juga dilihat antara pemain yang menjadi tonggak kekuatan Kelantan musim ini.
Malah ‘dosa silam’ mereka yang ‘lari’ menyertai pasukan T-Team musim lalu berjaya dihapuskan apabila membalas kepercayaan pihak pengurusan dengan menghadiahkan dua piala setakat ini. Kecuali Azizi yang terpaksa diketepikan sejak enam bulan lalu angkara kecederaan, dua rakannya itu terbukti mempunyai sentuhan berbisa untuk Kelantan.
Selebihnya, The Red Warriors masih mengekalkan barisan pemain sedia ada.
RAMPAS PIALA MALAYSIA
SELEPAS meraih gelaran Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah, Juara Piala FA dan Liga Super, tumpuan Kelantan kini terarah kepada usaha mereka untuk merampas trofi Piala Malaysia pula.
Tersingkir dalam saingan suku akhir kepada Terengganu dalam kempen musim lalu, pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak kini meletakkan sasaran mahu memastikan pasukannya membawa pulang piala paling berprestij itu ke bumi Kelantan.
“Kami akan berusaha untuk memenanginya. Kempen Piala Malaysia merupakan bentuk pertandingan yang cukup unik dan berbeza daripada yang lain. Semua pasukan mahu memenanginya dan kami tidak terkecuali.
“Segala tekanan (meraih kejuaraan Liga Super) sudah berakhir. Kami mengharungi saingan liga yang cukup panjang dan berdepan pelbagai masalah. Namun saya gembira apabila kita mengakhirinya dengan cara ini. Kelantan berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 2010 setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jurulatih kelahiran Croatia itu menyifatkan kejayaan pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super berpunca daripada sokongan pihak pengurusan, barisan pemain serta penyokong setia yang berdiri teguh di belakang mereka selama ini.
“Mereka (pemain dan penyokong) sebahagian daripada kejayaan ini. Dua kejuaraan dimiliki (Piala FA dan Liga Super) diharap menyuntik semangat kami apabila memulakan kempen Piala Malaysia bulan depan.
Hodak yang ternyata gembira dengan kejayaan tersebut memberi cuti rehat dua minggu kepada barisan pemainnya sebelum kembali fokus menjalani latihan bagi menghadapi kempen tersebut.

--- SINAR HARIAN