28 April 2012
NAMA Bojan Hodak barangkali sudah dilupakan oleh peminat bola sepak
tempatan. Beliau merupakan jurulatih Perak UPB-MyTeam FC yang pernah
membawa pasukan tersebut beraksi dalam kancah Liga Super tidak lama
dulu.
Selepas tiga musim (2006 hingga 2009), Hodak terpaksa angkat kaki meninggalkan negara ini setelah kelab bola sepak yang turut dikenali dengan nama Perak Jenderatta FC sebelum itu akhirnya berkubur.
Bagi meneruskan kerjayanya dalam bola sepak, Hodak berkelana ke Kemboja dengan melatih kelab Phnom Penh Crown FC yang beraksi di dalam liga negara tersebut. Namun jodoh beliau bersama kelab tersebut hanya bertahan hanya selama enam bulan sebelum memilih China sebagai destinasi terbarunya tahun lalu.
Di China, Hodak dilantik Penolong Jurulatih kelab Shandong Luneng Taishan FC yang beraksi dalam Liga Super China (CSL). Antara kejayaan yang dikecapi selama setahun bersama kelab tersebut ialah muncul juara Liga Simpanan CSL, naib juara Piala FA dan menduduki tempat kelima keseluruhan Liga Super China.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Kepulangan Hodak ke Malaysia selepas kontraknya berakhir dengan kelab tersebut bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada Januari lalu rupa-rupanya membawa tuah yang tersendiri.
Pengendali kelahiran Belgrade yang berkahwin dengan wanita keturunan Cina dari Pulau Pinang sejak enam tahun lalu ditawarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warrior (Army).
Pada masa sama, kemelut dalaman antara Kafa dengan jurulatihnya, Peter Butler turut berlaku dan kesudahannya, pengendali dari England tersebut meleraikan ikatan kontrak atas persetujuan bersama kedua-dua pihak pada 28 Februari lalu.
Mungkin juga takdir sudah tertulis buat Hodak apabila dilantik serta-merta mengisi kekosongan yang ditinggalkan Butler bagi membawa saingan Kelantan dalam Liga Super musim ini.
“Malaysia ialah rumah kedua saya. Saya berkahwin dengan orang Malaysia dan anak lelaki saya (Luka) juga dilahirkan di sini. Saya cukup gembira apabila kembali ke sini setelah hampir tiga tahun berkelana ke beberapa negara.
“Kota Bharu adalah bandar yang menarik dan pesat membangun. Penduduknya begitu ramah dan setiap kali bersua, mereka sering menegur saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru,” katanya yang turut membawa isteri dan anaknya berusia tiga tahun tinggal di sini.
Malah jurulatih berusia 41 tahun itu menyifatkan pengalaman beliau sekeluarga tinggal di negara ini jauh lebih baik berbanding ketika berada di negara seperti Kemboja dan China sebelum ini.
Menyentuh mengenai keputusan beliau mengambil alih pasukan The Red Warriors daripada Butler sejak 3 Mac lalu, Hodak berkata, beliau cukup teruja apabila diberi peluang melatih Kelantan.
“Kelantan sebuah pasukan yang bercitacita tinggi. Secara jujur, saya gembira apabila diberi tanggungjawab membimbing pasukan ini. Ini merupakan satu cabaran besar kepada diri saya.
“Kelantan mempunyai ramai pemain yang bertaraf bintang. Tetapi itu bukan satu masalah besar kepada saya. Saya mengenali Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Subra (S Subramaniam) dan Mohd Shakir (Shaari) yang berada di bawah bimbingan saya ketika melatih pasukan Perak UPB-MyTeam FC tidak lama dulu.
“Tekanan sentiasa ada dalam bola sepak.
Saya sukakan cabaran dan tidak ambil peduli dengan apa yang orang lain kata. Sebab itu saya mengambil tanggungjawab (melatih Kelantan) ini. Kelantan pernah kalah sebelum ini tetapi mereka (penyokong) memahami dan boleh menerima kekalahan tersebut,” katanya.
Menurut Hodak, beliau juga gembira kerana mempunyai barisan pemain dan pegawai pasukan termasuk dua penolong jurulatih yang banyak membantunya dalam mengemudi pasukan Kelantan hampir dua bulan lalu.
Profil
Nama : Bojan Hodak
Tarikh lahir : 4 Mei 1971
Umur : 41 tahun
Asal : Belgrade, Yugoslavia
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Junie Hodak Nee Tan
Anak : Seorang

KARIER SELAKU PEMAIN
- 1987 - 1990 - NK Trnje
- 1990 - 1994 - NK Vrapce
- 1995 - NK Hrvatski Dragovoljac
- 1996 - NK Ponikve
- 1997 - Balestier Central FC
- 1998 - 1999 - Jurong FC
- 1999 - Hong Kong Rangers FC
- 2000 - 2001 - Jurong FC
- 2002 - NK Trnje
KELAYAKAN SELAKU JURULATIH
- 2004 - Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Kelas A (UEFA) KARIER SELAKU JURULATIH
- 2006 - 2009 - Ketua Jurulatih Perak UPBMyTeam FC
- 2010 - 2011 - Ketua Jurulatih Phnom Penh Crown FC (Kemboja) - enam bulan
- 2011 - 2012 - Penolong Jurulatih Shandong Luneng Taishan FC (China)
- 2012 - Ketua Jurulatih Liga Super Kelantan (bermula 3 Mac lalu)
PENCAPAIAN SELAKU JURULATIH
- 2007 - Naib Juara Liga Perdana Malaysia
- 2010 - 2011 - Naib Juara Piala Presiden AFC (Phnom Penh Crown FC)
- 2011 - 2012 - Juara Liga Simpanan CSL (Shandong Luneng Taishan FC)
- Naib Juara Piala FA China
- Kelima keseluruhan Liga Super China (CSL)
--- SINAR HARIAN