9 Mac 2013
PERCATURAN Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak
merehatkan beberapa pemain tonggak hampir menjerat pasukannya apabila
diikat keputusan 1-1 dengan Maziya Sports and Recreations Club (SRC)
dalam aksi sulung kumpulan G, Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu lalu.
Sikap memandang rendah barisan pemain lawan dihukum apabila Maziya SRC mendahului 1-0 menerusi jaringan Hassan Adhuham pada minit ke-62. Malah wakil Maldives itu nyaris-nyaris muncul selaku pasukan pertama yang mampu meranapkan rekod tanpa kalah The Red Warriors (TRW) di tempat sendiri sejak 25 Mei 2011.
Mujur jaringan penyamaan Kapten Marvel, Mohd Badhri Radzi ketika permainan berbaki 13 minit untuk ditamatkan berjaya menyelamatkan maruah Kelantan daripada diaibkan oleh skuad bimbingan Ismail Mahfooz itu.
HAMBAR
Ketika Dimitrios Pertratos mempamerkan aksi cemerlang, berlainan pula persembahan bintang import baharu Kelantan, Dickson Nwakaeme yang mempamerkan aksi bersahaja dalam perlawanan tersebut.
Jika sebelum ini aksi beliau mencuri perhatian penyokong TRW, namun persembahannya dalam perlawanan itu berada di bawah keupayaan sebenar sekali gus mengundang persoalan apakah pelaburan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berbaloi membayar gaji mahal kepada pemain Nigeria itu.
SANDARAN
Rekod cemerlang Kelantan beraksi di atas padang rumput tiruan ketika menewaskan Lions XII 2-1 pada musim lalu tidak boleh dijadikan sandaran buat Hodak apabila bertemu kelab Singapura itu pada malam ini.
Buktinya, skuad kendalian V Sundramoorthy itu cukup kebal di Stadium Jalan Besar mereka sepanjang saingan Liga Super musim ini. Dengan Angkatan Tentera Malaysia, Selangor, Terengganu dan terbaharu Pahang menjadi mangsa di tempat mereka, adakah Kelantan senasib dengan pasukan tersebut.
Malah percaturan taktikal pengendali Croatia itu sejak akhir-akhir ini turut menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong Kelantan. Jika tewas atau terus mencatatkan keputusan seri, bahaya menanti Hodak kerana penyokong mereka kini sudah sekian lama bersabar dengan persembahan hambar pasukan gara-gara keciciran mata demi mata dalam perlawanan lalu.

--- SINAR HARIAN