9 Mac 2013
KELANTAN tekad mencuri tiga mata menjelang pertemuan Liga Super
menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.
Kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkata, untuk merealisasikan matlamat itu, jentera serangan perlu memanfaatkan setiap peluang yang hadir sepanjang perlawanan berlangsung.
Menurutnya, pemain perlu menganggap pertembungan malam ini umpama final selain bermain mati-matian.
“Kita akan cuba yang terbaik untuk menang malam esok (malam ini). Kalau menang ke atas Pahang dan Perak tempoh hari, sudah pasti kita berada di kedudukan teratas. Namun, itu tidak berlaku, tetapi tidak mustahil kita boleh tewaskan Lions XII gelanggang keramat mereka,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak menafikan tekanan Kelantan untuk berdepan lawan malam ini, tetapi yakin dengan kemampuan rakan-rakannya terutama, penyerang import, Keita Mandjou yang dilihat semakin menjadi.

“Masalah kita ialah penyudah, sebab itu saya menggesa rakan-rakan
supaya memanfaatkan segala peluang di depan pintu gol. Itu antara
kelemahan kita.
“Kelantan kehilangan Mohd Norfarhan Muhammad kerana dikhabarkan mengalami kecederaan lutut dan pinggang dan Azizi Matt Rose juga ada masalah pada lututnya, bagaimanapun, kita masih ada rakan lain termasuk Obinna Nwaneri sah kembali sertai pasukan,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan lawan pula, Piya berkata, Lion XII dibarisi pemain muda yang berkebolehan, tetapi, antara tonggak penting mereka, Baihakki Khaizan tidak turun kerana digantung perlawanan akibat kad merah yang diperoleh pada perlawanan lalu.
“Ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kita. Namun, kita masih perlu berwaspada dengan Kapten mereka, Shahril Ishak kerana beliau pemain yang cukup berbahaya serta mampu menjaringkan gol mudah jika kita memberi ruang yang bebas," katanya.

--- SINAR HARIAN