8 Mac 2013
PERCATURAN pengendali Kelantan, Bojan Hodak merehatkan tonggak utama
hampir menjerat pasukannya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri
1-1 dengan Maziya Sports and Recreation Club (SRC) dalam perlawanan
sulung kumpulan G, Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di
Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Tindakan Hodak meletakkan Mohd Badhri Radzi dan Indra Putra Mahayuddin di bangku simpanan menyaksikan jentera tengah Kelantan gagal berfungsi dengan efektif, sebelum beliau terpaksa memasukkan dua pemain tersebut setelah terdesak untuk mencari gol penyamaan.
Sebaliknya, Hodak pada sidang media sejurus perlawanan tampil mempertahankan strateginya sambil menegaskan pasukannya tidak bernasib baik mengutip tiga mata meski pun mempunyai deretan peluang terhidang terutama pada babak kedua.
“Statistik perlawanan menunjukkan kita ada 15 peluang berbanding dua miliki pasukan lawan. Adakah itu bermakna kita bermain teruk? Tidak sama sekali, kita main bagus, ada banyak peluang namun hanya gagal menjaringkan gol.
“Malam ini dua atau tiga pemain kita terlalu ghairah menjaringkan gol, namun ia bertukar menjadi masalah besar setelah mereka gagal berbuat demikian," katanya.
Mengulas mengenai tindakan beliau menyimpan Mohd Badhri dan Indra Putra, pengendali dari Croatia itu berkata, ia sebahagian daripada perancangan taktikal memandangkan Kelantan akan menghadapi beberapa perlawanan penting selepas ini.
Mengenai dua pemain importnya, Dickson Nwakaeme dan Dimitrios Pertratos, Hodak akui tidak berpuas hati dengan prestasi kedua-dua pemain itu apabila tidak mencerminkan reputasi sebenar mereka selaku pemain import yang hebat.

---SINAR HARIAN