Saturday, November 1, 2014

Kelantan ikat tiga import baharu

30 Oktober 2014

PERMATA hitam daripada benua Afrika terus menjadi selera The Red Warriors bagi mempertajamkan jentera penggempur pasukan berkenaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Kepre Brice Herman Tchetche dari Ivory Coast dan Ighodaro Christian Osaguona (Nigeria) kini menjadi taruhan terbaharu Kelantan setelah bertindak untuk tidak menyambung kontrak penyerang kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe.

Pengumuman terbaharu Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengenai tonggak import yang dibawa masuk bagi memperkuatkan skuad pantai timur itu dibuat menerusi laman Facebooknya, hari ini.

-- SINAR HARIAN