13 Oktober 2012
PEMAIN Paling Bernilai Supermokh 2010 / 2011, Norshahrul Idlan Talaha
bakal menyarung jersi Johor. Adakah ia benar atau sebaliknya.
Turut dikaitkan pemain lincah di bahagian sayap kiri, Nurul Azwan Roya dan pertahanan kental, Mohd Daud Su Jamaluddin.
Jika ini benar ia sudah mengembirakan peminat setia Jengking kerana ia menepati sasaran awal pengurusan Johor yang sebelum ini dikatakan akan membawa nama besar membarisi skuad 2013.
Bagi penyokong setia The Red Warriors (TRW), perkhabaran ini sedikit meresahkan mereka namun tidak mustahil mereka terpaksa merelakan penghijrahan pemain berkenaan.
NAFI
Bagi Setiausaha Agong Kafa, Azman Ibrahim, khabar angin yang ketiga-tiga tonggak utama TRW akan berhijrah haluan menyarung jersi Johor musim depan tidak berasas dan menafikannya.
Jelasnya, kesemua mereka masih mempunyai kontrak beraksi dengan TRW setakat ini.
“Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan Roya pula hanya akan berakhir November nanti.
“Kita sudah menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan.
Tiada perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita setakat ini. Tidak adil kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.
TETAP MERAH
Bagi tuan punya diri, mengaitkan dirinya bersama Johor musim depan adalah tidak berasas sama sekali dan menepis semua kahabar angin itu.
“Saya masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Tiada isu sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain.

“Tumpuan kini memastikan Kelantan layak ke pentas akhir Piala Malaysia
dan seterusnya menjulang kejuaraan Treble buat pasukan,” kata Norshahrul
Idlan Talaha.
JAGA HATI
Bagi pemain pertahanan kental Kelantan, Daud Su pula menjelaskan isu perpindahan yang digembur-gemburkan ini tidak mengganggu tumpuannya dalam mengharungi saingan separuh akhir kedua di Shah Alam nanti.
Enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya, Daud Su mengakui banyak hati yang perlu dijaga.
"Tumpuan kini adalah sasaran layak pentas akhir dan menjulang Piala Malaysia buat Kelantan", ujarnya.
Pada musim lalu, penyerang Prolifik Kelantan itu menjaringkan 19 gol dalam saingan Liga Super turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik mengetepikan rakan sepasukan Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor Safiq Rahim.
Daud Su pula merupakan pertahanan kental skuad Kijang yang sering diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan oleh Bojan Hodak.

--- SINAR HARIAN