Mohd Norfarhan Muhammad
GOL tunggal jaringannya ketika mencetuskan kemenangan
Kelantan ke atas Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan final Piala FA
Sabtu lalu membakar semangat penggempur Kelantan, Mohd Norfarhan
berazam untuk terus membantu pasukan The Red Warriors (TRW) dalam
perlawanan selepas ini terutama dalam baki saingan Liga Super.
Jauh daripada berasa puas hati, Farhan berharap akan dapat memainkan peranannya sekali lagi ketika pertemuan menentang Perak, Selasa ini di Stadium Ipoh.
“Jika ada rezeki, sudah tentu saya mahu menambah jumlah gol, tetapi apa yang penting ialah kemenangan Kelantan tanpa mengira siapa penjaring," kata Farhan.
Kelmarin, Farhan muncul wira skuad TWR apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ketika menewaskan JDT 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan Kelantan itu membolehkan mereka mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimenangi tahun lalu manakala bagi pasukan JDT, kegagalan itu telah menangguhkan hasrat mereka untuk mencatat kejuaraan buat pertama kali dalam kejohanan kalah mati itu.
Mengulas lanjut, Farhan berkata, beliau berasa puas kerana akhirnya dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatihnya, Bojan Hodak.
"Saya sangat gembira serta berbangga kerana menjadi sebahagian dalam sejarah gemilang pasukan Kelantan dan saya anggap kejayaan ini hasil usaha keras semua pihak yang terlibat dalam membangunkan bola sepak Kelantan.
"Saya tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol, namun apa yang paling penting bagi saya adalah dapat bermain dalam perlawanan akhir ini.
"Bagi saya, kemenangan ini adalah hasil permainan berpasukan dan kerjasama semua pihak," ujarnya lagi.

--- SINAR HARIAN