15/10/2010 10:55pm
KOTA BHARU 15 Okt. - Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala
Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku
akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini.
Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok.
Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan
terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat
penonton kedua-dua pasukan. - Utusan