Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
KETUA jurulatih Kelantan, Bojan Hodak bertekad meningkatkan kualiti persembahan The Red Warriors untuk mengharungi saingan musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.
Biarpun baru mengendalikan pasukan, Hodak yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Hamra Red Warriors (Army) mengaku anak buahnya belum mencapai tahap diinginkan dan jurulatih dari Crotia itu mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemain sekali gus bersedia untuk perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Navibank Saigon dari Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok.
Katanya, selain meningkatkan prestasi pemain, beliau juga bertekad mengubah persembahan pasukan Kelantan yang terkenal dengan hantaran jauh dengan permainan hantaran pendek seperti dilakukan kelab terkemuka dunia.
“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan satu permulaan baik bagi saya, malah pemain berjaya melaksanakan arahan dan kita memang layak menang. Namun saya lihat masih ada kelemahan yang perlu dibaiki.
“Kita ada ramai pemain bagus tapi memerlukan corak permainan bagus, sama seperti Barcelona dan kita akan menuju ke arah itu tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor mengaku kelekaan pemain pada awal permainan memberi ruang kepada kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi melakukan jaringan seawal minit kedua.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/06

--- HARIAN METRO