17 September 2012
KOTA BHARU- “Saya tidak boleh komen, tunggu habis Piala Malaysia,” kata
penyerang yang sedang meningkat naik, Mohamad Afiq Azmi ketika ditanya
kesediaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendapatkan khidmatnya
pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Mohamad Afiq yang menjaringkan empat gol sepanjang enam perlawanan bersama The Red Warriors berkata, apa yang penting sekarang adalah membantu Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia.
“Mungkin bersedia, tetapi saya tidak berani komen,” katanya yang akan turut bersama The Red Warriors ke Iraq untuk bertemu dengan pasukan Arabil dalam saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) AFC esok.
Semalam Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang menilai prestasi Afiq dan akan berbincang mengenai masa depan pemain Kuala Lumpur itu sebaik sahaja tamat saingan Piala Malaysia.
Ditanya perasaannya dapat bersama pemain ke Iraq, Afiq mengakui teruja dengan pengalaman yang diberikan pihak pengurusan dan akan menggunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi semasa.
“Saya akui teruja dengan peluang ini, bukan mudah untuk bersama beraksi dengan pasukan luar negara, Insya-Allah saya gunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya.
Aksi terbaik yang ditunjukkan anak kelahiran Perlis itu mula meniti bibir peminat setia The Red Warriors untuk berganding dengan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamed Ghaddar.

--- SINAR HARIAN