Sunday, October 20, 2019

KAFA lantik Mohamad Sabu sebagai penasihat

Tarikh kemaskini: 17/10/2019

gambar The Straits Times

KOTA BHARU, 17 Okt -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu,. sebagai penasihat persatuan itu berkuat kuasa semalam.

Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai apabila beliau mengadakan pertemuan dengan menteri itu di bangunan Parlimen semalam.

"KAFA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohamad atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan kami.

"Beliau akan bertindak selaku penasihat tanpa mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Sebelum ini, KAFA telah menubuhkan majlis penasihat bagi membantu menyumbang idea dan pengalaman untuk membangunkan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas pelantikan pimpinan baharu persatuan itu, Julai lalu.

Majlis penasihat itu dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan dibarisi 10 individu berpengalaman dalam sukan bola sepak.

-- BERNAMA

Saturday, October 19, 2019

KAFA runding dengan Gomis selesai isu tunggakan gaji

Tarikh kemaskini: 16/10/2019

Margaro Gomis kanan semasa bersama Kelantan, Gambar Berita Harian

KOTA BHARU, 16 Okt -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang berunding dengan Margaro Gomis berhubung isu tunggakan gaji susulan tindakan saman dikemukakan bekas pemain import itu terhadap persatuan berkenaan di mahkamah kira-kira dua bulan lepas.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkataM isu tersebut perlu diselesaikan segera berikutan tuntutan saman daripada pemain kelahiran Perancis itu memberi kesan kepada permohonan lesen yang dikemukakan oleh KAFA untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

"Gomis telah mengemukakan saman sebanyak RM540,000 di atas kegagalan pihak pengurusan KAFA terdahulu membayar tunggakan gajinya.

"KAFA kini sedang berunding dengan pemain tengah itu untuk membayar sebahagian daripada jumlah tuntutan tersebut sebagai jalan penyelesaian bagi mematuhi kriteria pelesenan kelab FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Husin berkata, selain rundingan dengan pemain itu dan aspek pelesenan kelab, isu gaji pemain lain serta pihak pengurusan turut menjadi agenda pada mesyuarat KAFA semalam.

"Kami membuat keputusan untuk menyelesaikan tunggakan gaji (pemain dan pengurusan) selewat-lewatnya 28 Okt ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyelesaikan sebahagian tunggakan pembayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menjadi antara sebab pelesenan kelab mungkin digantung.

-- BERNAMA

Monday, June 24, 2019

Pemain Import Kelantan : Miroslav Nikolic (1991)


Nama: Miroslav Nikolic

Negara: Yugoslavia / Serbia

Sukan: Bola Sepak

Posisi: Penyerang

* Bersama pasukan Kelantan FA pada 1991.

* Tiba bersama Marko Kraljevic (tengah) & Radun Sandro (Penjaga Gol).

* Pulang ke negara asal selepas pertengahan musim kerana faktor keluarga dan keadaan negara (perang).

Sunday, October 8, 2017

Pemain Import Kelantan : Mamadou Danso


Nama Penuh: Mamadou Danso

Tarikh Lahir: 27 April 1983

Tempat Lahir: Serrekunda, Gambia

Negara: Gambia

Tinggi: 1.91 m

Sukan: Bola Sepak

Posisi: Centre-back

Kelab Terdahulu: Rayo OKC (North American Soccer League)

Tambahan:

  • Merupakan pemain Kebangsaan Gambia.
  • Pertama kali dipilih ke pasukan Kebangsaan Gambia pada september 2010 Kelayakan Piala Dunia menentang Namibia.

Pemain Import Kelantan: Abou Bakr Al-Mel @ Bako


Nama: Abou Bakr Al-Mel @ Bako

Tarikh Lahir: 5 November 1992

Tinggi: 1.83 m

Tempat Lahir: Lebanon

Negara: Lebanon

Sukan: Bola Sepak

Posisi: Tengah menyerang, Penyerang

Kelab Terdahulu: AC Tripoli (Liga Lubnan)

Tambahan: 
  • Merupakan pemain kebangsaan Lubnan.
  • Penjaring terbanyak "Lebanese Premier League" musim 2016/2017 dengan 16 gol.
  • Menyertai Kelantan FA pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan pemain import Mohamad Ghaddar (jual ke JDT).

Thursday, October 5, 2017

KAFA Diingat Tidak Ghairah Pilih Pemain Ternama



Tarikh kemaskini: 03/10/2017 

KOTA BHARU, 3 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diingatkan agar tidak terlalu ghairah untuk memilih pemain daripada pasukan ternama bagi kejohanan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata ini bagi mengelak KAFA daripada dibebani hutang.

"Kita hanya mahu pemain yang mempunyai rekod semasa yang memuaskan dan boleh memberikan impak baik walaupun bukan nama besar dalam saingan liga," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemain yang menyertai Kelantan musim depan tidak boleh sekadar 'menumpang' kepada reputasi lampau mereka, sedangkan prestasi semasa mereka tidak mampu untuk menyumbang kepada kemenangan pasukan.

Mahizi berkata adalah penting KAFA memberi keutamaan kepada sumber kewangannya bagi mengelak masalah dalam membuat bayaran gaji pemain

- BERNAMA

Thursday, September 28, 2017

Pemain Import Kelantan : Alessandro Padovani Celin



Nama Penuh: Alessandro Padovani Celin

Tarikh Lahir: 11 September 1989

Tempat Lahir: Castelo, Espirito Santo, Brazil

Negara: Brazil

Tinggi: 1.90 m

Sukan: Bola Sepak

Posisi: Penyerang

Kelab terdahulu: CS Concordia Chiajna (Romania)