Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
mizan@hmetro.com.my
MESRA... Apek dan Leuniey.
KOTA BHARU: Teka-teki mengenai status hubungan model jelita, Nur
Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey dengan penjaga gol bola sepak
negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, akhirnya terjawab apabila Leuniey
mengaku hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan biasa.
Menurut Leuniey, sebelum ini dia tidak mahu mengulas lanjut
hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek
kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka
sekadar biasa.
“Bagaimanapun, saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu
sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar
seperti kami kononnya sudah bertunang.
“Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
--- HARIAN METRO