6 Oktober 2012
JUARA Piala FA dan Liga Super, Kelantan terselamat daripada tersingkir
awal dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia edisi ke-86 pada
musim ini.
Meski pun mara, namun The Red Warriors terpaksa berhempas-pulas meraih keputusan agregat 4-3 setelah terikat seri 2-2 dengan Felda United FC dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa lalu.
Sebelum itu, Kelantan berjaya menewaskan pasukan berstatus kelab itu 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka minggu lalu. Pada saingan separuh akhir, Kelantan akan bertemu juara 32 kali, Selangor di Kota Bharu malam ini dan di Shah Alam pada 12 Oktober nanti.
Bukan Jaminan
Status pasukan pilihan bukanlah jaminan mutlak buat skuad kendalian Bojan Hodak untuk melangkah mudah ke saingan separuh akhir.
Mengatasi Felda United FC 2-1 di tempat lawan minggu lalu, namun Kelantan menempuhi jalan yang cukup berliku apabila sekadar seri 2-2 dalam aksi timbal balas di Kota Bharu pada Selasa lalu.
Malah keyakinan tinggi Kelantan yang beranggapan mereka mampu mengalahkan Felda United FC hampir menjerat diri. Pada suatu ketika, Kelantan seakan berada diambang penyingkiran apabila skuad bimbingan E Elavarasan itu selesa mendahului 2-0 dalam perlawanan tersebut.
Pujian
Pujian harus diberikan kepada barisan pemain pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘The Seetlers’ itu. Meski pun gagal, namun jelas mereka mempamerkan kesungguhan luar biasa untuk mencipta kejutan di Kota Bharu.
Mungkin rezeki tidak berpihak kepada mereka dalam kempen Piala Malaysia kali ini. Tewas dalam saingan suku akhir pada penampilan kali kedua mungkin dianggap satu pencapaian yang baik bagi kelab tersebut.
Dalam pada itu, persembahan di bawah tahap keupayaan sebenar Kelantan dalam perlawanan tersebut mungkin dianggap terburuk pada musim ini. Tidak pernah lagi skuad yang berbangga dengan dua trofi setakat ini mempamerkan aksi sedemikian sebelum ini.
Penyelamat
Jaringan penyerang import, Mohamad Ghaddar dalam masa kecederaan seharusnya dikenang oleh penyokong setia The Red Warriors. Meski pun dikecam hebat rentetan persembahan turun naiknya, namun Mohamad Ghaddar berjaya memadamkan kritikan tersebut.
Beliau memanfaatkan segala pengalaman yang dimilikinya, apabila merembat masuk gol penyamaan daripada sudut yang begitu sukar untuk membawa Kelantan bertemu Red Giants pada pertemuan separuh akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

--- SINAR HARIAN