6 Oktober 2012
MENEPATI ramalan, itulah gambaran pertembungan empat pasukan terbaik
dalam saingan Piala Malaysia. Baik ATM, Lions XII, Kelantan dan Selangor
semuanya mempunyai misi tersendiri.
Bagi Kelantan sudah tentu gelaran juara Treble ingin ditakluki, Selangor pula sasaran Misi 33, Lions XII mahu membuktikan kehadirannya dalam saingan kali ini bukanlah sekadar pelengkap jadual.
ATM sudah tentu mengharapkan tuah bintang akhir, Hairuddin Omar yang sebelum ini telah beraksi tiga kali di pentas final dan kesemuannya menbuahkan hasil buat pasukan diwakli menjulang Piala Malaysia.
Perlawanan yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Oktober bagi separuh akhir pertama dan kedua pada 11 serta 12 Oktober sudah tentu dinantikan penyokong setia pasukan masing-masing.
TIDAK GENTAR
Mengungguli tangga teratas dalam peringkat Kumpulan A meletakkan Lions XII dilaluan agak selesa untuk menghampiri kelompok empat terbaik ini. Pasukan yang dilihat semakin berbisa diperingkat suku akhir menjadikan Pahang sebagai mangsa kebangkitan untuk bertemu dengan ATM.
Bakal beraksi dilaman sendiri dengan kelebihan bermain diatas padang tiruan akan digunakan sepenuhnya oleh jurulatih Singa Kota, V Sundramoothy untuk bekalan selesa menjelang aksi timbal balik kedua di Stadium Selayang.
Melihat kepada karisma Ketua Pasukan Lions XII, Shahril Ishak yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Pahang, kelibat pemain ini perlu dirantai ATM andai tidak mahu pesta jaringan gol terhasil.
Tidak pernah bertemu dalam aksi sebelum ini, sudah tentu Sundramoothy merangka strategi memandangkan lawan ditentang bukanlah calang-calan pasukan kerana berjaya menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan.
Kini semua perhatian peminat bola sepak sudah tentunya akan tertumpu di Stadium Jalan Besar untuk melihat sejauh mana tuan rumah mampu melenyapkan impian ATM memburu bekalan selesa untuk memastikan langkah di pentas akhir nanti.
MASA TERBAIK
Bagi ATM, kejayaan berada sebaris tiga pasukan lain sememangnya pencapaian terbaik mereka sejak kali terakhir menjejaki pentas akhir 1966.
Ketika itu, kejohanan domestik tertua tanah air dikenali sebagai Piala HMS Malaya, dengan ATM layak ke perlawanan akhir selepas muncul juara kumpulan untuk bertemu Selangor namun tewas 0-1.
Mengimbau pertemuan tunggal mereka sebelum ini pada pra-musim, dua jaringan Agu Casmir lewat perlawanan menafikan kemenangan berhak buat ATM yang terpaksa akur dengan keputusan 3-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Digelar Manchester City Malaysia, ATM sememangnya wajar berada diperingkat separuh akhir jika dilihat semangat juang pemain yang ingin membuktikan sesuatu dalam kancak bola sepak tempatan.
Dibarisi penjaring terbanyak saingan, Marlon Alex James dengan sembilan jaringan sudah tentu ia akan mendatangkan musibah buat Lions XII. Namun walaupun Marlon dirantai, ATM tetap mempunyai Hairuddin Omar yang sering beraksi dipentas final sebelum ini,
Keserasian dua pemain ini sememangnya terserlah dalam aksi dipamerkan dan tidak keterlaluan dikatakan jika dua pemain ini gagal berfungsi sepatutnya, ATM bakal menghadapi tugas berat untuk aksi kedua di laman sendiri.Namun B Sathianathan sudah tentu ada perancangan tersendiri apatalah lagi beraksi di padang rumput tiruan kerana mereka belum pernah bertemu di gelanggang keramat lawan itu sebelum ini.
BURU TREBLE
Juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan mempunyai misi besar dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Setelah tersingkir awal pada saingan suku akhir musim lalu, The Red Warriors (TRW)kini meletakkan sasaran untuk menjulang piala berprestij ini buat kali kedua.
Menjulang Piala Malaysia menjadi impian Kelantan untuk melengkapkan misi ‘treble’ pertama mereka pada musim ini. Namun itu bukan sesuatu yang mudah bagi skuad bimbingan Bojan Hodak dalam merealisasikan misi tersebut.
Hampir dimalukan pasukan berstatus kelab Felda United dalam saingan suku akhir kedua lalu, sesuatu perlu dilakukan Bojan dalam aksi pertembungan dengan musuh tradisi, Selangor nanti.
Beraksi dilaman sendiri Sabtu ini sebelum bertandang ke Shah Alam, sudah pasti bekalan selesa perlu dicari pemain Pahlawan Merah andai ini beraksi dipentas akhir nanti.
Lengkap disemua bahagian, TRW perlu menurunkan kesebelasan utama yang berpengalaman kerana lawan yang ditentang bukanlah pasukan biasa.
Turunkan Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahyudin dan Norshahrul Idlan Talaha itulah harapan peminat setia TRW kerana kombinasi tiga pemain ini cukup menyerlah selain pernah menghadapi lawan sama dalam aksi dianggap penting ini.
MISI 33
Hasrat Selangor untuk mencapai Misi 33 yang dicanang sejak awal musim mungkin menjadi kenyataan. Permulaan hambar dalam peringkat kumpulan dibalas dengan kejayaan melangkah ke separuh akhir.
Berdepan Kelantan di Kota Baru malam ini untuk aksi pertama, anak didik Irfan Bakti Abu Salim perlulah mengelakkan sebarang kesilapan mudah serta mengawal emosi memandangkan terpaksa berhadapan dengan lautan merah dari peminat tuan rumah.
Penurunan prestasi Kelantan sebelum ini perlu digunakan sepenuhnya Gergasi Merah Kuning untuk mencipta kejutan kerana TRW tidak pernah tewas digelanggang sendiri pada tahun ini walaupun berdepan kelab dari Iraq.
Memburu gol awal perlu dilakukan jentera serangan Selangor yang bakal diterajui Bosko Balaban dan Mohd Amri Yahyah sambil mengharapkan bantuan dari rakan lain bagi mengelakkan kesulitan untuk aksi kedua.

--- SINAR HARIAN