19 November 2012
KEMASUKAN kembali awang import dalam saingan Liga Malaysia awal musim
ini sedikit memberi kesan kepada beberapa pemain tempatan.
Sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan The Red Warriors
sepanjang musim ini juga membuatkan Muhammad Ramzul Zahini Adenan
terpaksa menukar haluan baru.
Mohamad Ghaddar yang dibawa dari Lebanon oleh Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa) berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan
peminat Kijang hingga ‘merampas’ peranan Ramzul yang cukup cemerlang
pada musim lalu.
Biarpun berjaya merangkul gelaran treble dengan memenangi Piala FA,
Piala Liga Super dan Piala Malaysia bersama Kelantan, Ramzul tetapkan
pendiriannya mahu berhijrah ke Selangor demi mengembangkan karier.
“Saya gembira bermain di Kelantan, namun faktor kurangnya penampilan dalam barisan utama kendalian Bojan Hodak membuatkan saya perlu ‘beralih angin’.
“Keputusan meninggalkan Kelantan cukup berat dihadapi kerana di sinilah tempat saya membesar. Tapi, bagi saya tidak salah jika penghijrahan itu baik untuk kerjaya saya,” katanya yang berazam mencari pengalaman baru di bawah bimbingan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.
Yakin hijrah tidak sia-sia
Penghijrahan Ramzul bersama pasukan juara Piala Malaysia 32 kali itu diharap tidak sia-sia.
“Saya mahu lakukan yang terbaik untuk Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan berjanji membalas kepercayaan diberikan.
“Peluang ini hanya datang sekali seumur hidup dan ingin membuktikan boleh berjaya apabila bermain di luar Kelantan,” katanya.
Ikat kontrak dua tahun
Berada dalam 23 senarai pemain baharu Merah Kuning cukup mengujakan pemain kelahiran Tumpat, Kelantan ini.

Ramzul yakin gabungan pemain muda dan pemain lama mampu mengembalikan
semula martabat Selangor sebagai pasukan digeruni menjelang saingan Liga
Super 2013.
“Insya-ALLAH, saya percaya skuad Merah Kuning mampu melangkah lebih
jauh dan boleh meraih sekurang-kurangnya satu piala,” katanya.
--- SINAR HARIAN