KOTA BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Kapten The Red Warriors, Mohd Badri
Mohd Radzi berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan
pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tidak
memanggilnya untuk menjalani latihan bersama skuad tersebut.
"Saya tak ada masalah dengan Datuk Rajagobal. Itu terpulang kepada dia nak panggil (untuk menjalani latihan) atau tidak. Itu hak dia.
"(Bagaimanapun) kita harap dia tengok pemain-pemain yang berkualiti (ataupun) minta pemain dipanggil dahulu (untuk latihan), atau dia sendiri datang tengok perlawanan," katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan bersama skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini Rabu.
Nama Badri Radzi atau Piya tersisih dari senarai 24 pemain yang bakal beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha 6 Feb depan.
Ini mencetuskan tanda tanya kerana ramai anak buah Rajagobal yang dilapor mengalami kecederaan.
-- BERNAMA