PADA awal penampilan penyerang muda, Ahmad Fakri
Saarani bersama The Red Warriors pada Mac lalu, begitu ramai penyokong
setia pasukan juara tiga piala musim lalu itu sangsi dengannya.
Meski pun membawa reputasi selaku bekas pemain kebangsaan dan pernah mencuba nasib beraksi di luar negara bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam Divisyen Tiga Portugal, itu masih tidak cukup untuk memikat hati peminat fanatik gergasi Pantai Timur itu.
Malah aksi lembik Ahmad Fakri yang sekadar menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super musim ini menyebabkan beliau dikritik hebat sekali gus Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) turut terkena tempias kerana melaburkan ratusan ribu ringgit untuk membawa pulang pemain itu.
Begitu pun, pemain berusia 24 tahun itu meniti laluan penuh berliku untuk mengembalikan sentuhan sebenarnya dan kesabaran pengendali, Bojan Hodak selama lebih tiga bulan mempertaruhkan penyerang tersebut di dalam kesebelasan utama akhirnya membuahkan hasil.
MEYAKINKAN
Nama bekas penyerang Harimau Muda itu kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong Kelantan apabila mempamerkan aksi meyakinkan dalam beberapa siri perlawanan terakhir Liga Super.
Kalau tidak menyumbangkan gol sekali pun, sekurang-kurangnya kelibat Ahmad Fakri yang digandingkan dengan Dickson Nwakaeme dan sering kali mencemaskan gawang lawan membuktikan beliau sememangnya seorang penyerang sejati jika diletakkan pada posisi sepatutnya.
Dua perlawanan separuh akhir dan final Piala FA baru-baru ini harus dikenang betapa perwatakan sebenar Ahmad Fakri boleh dilabelkan beliau sebagai penyerang terbilang dan andai prestasi semasa menjadi ukuran tidak ada sebab untuk Kelantan melepaskan pemain tersebut pada musim depan.
PANGGILAN
Agak lama juga pemain kelahiran Kota Bharu dan dibesarkan di Ipoh ini dipinggirkan daripada skuad Harimau Malaya. Jika tuah ayam nampak di kaki, namun tuah Ahmad Fakri sememangnya bersama Kelantan.
Siapa sangka, prestasi kian meningkat dipamerkannya menyaksikan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal memanggil semula beliau untuk mengetuai jentera serangan negara bagi menghadapi persiapan Kelayakan Piala Asia yang berlangsung ketika ini.

--- SINAR HARIAN