TIGA aksi persahabatan menjadi pilihan Ketua Jurulatih The Red
Warriors, Bojan Hodak sebagai persiapan menghadapi kempen Piala
Malaysia, bermula 15 Ogos depan.
Selain bertemu skuad Piala Presiden Kelantan esok, penyandang juara Piala Malaysia itu dijadual bertemu naib juara Liga Super, Selangor di Shah Alam pada 1 Ogos dan T-Team di Kota Bharu, empat hari kemudian.
Hodak berkata, pertemuan menentang T-Team bagaimanapun bergantung sekiranya Kelantan dan kelab dari Terengganu itu tidak diundi bersama pada majlis undian Piala Malaysia yang berlangsung di Menara TM, Kuala Lumpur, petang esok.
“Ketiga-tiga perlawanan ini selain pertemuan menentang Tampines Rover di Kota Bharu pada 13 Ogos cukup penting sebelum saya mendapat bayangan barisan sebenar Kelantan.
“Usaha Kelantan mempertahankan kejuaraan bermula dengan perlawanan tersebut. Apa pun, lima aksi terakhir dalam Liga Super membuktikan kami sebenarnya mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurut Hodak, sesi latihan sejak 19 Julai lalu berjalan lancar dengan kecergasan semua pemainnya berada pada tahap terbaik setakat ini.
“Sebelum datang ke Malaysia, saya sudah biasa berhadapan situasi seperti ini. Ini perkara normal, lagi pun pemain ada pengalaman berlatih dalam bulan puasa. Seperti juga pasukan lain, ia tidak menjadi masalah bagi kami,” katanya.
Mengenai undian Piala Malaysia berlangsung esok, pengendali Croatia itu berharap Kelantan tidak diundi sekali lagi dalam kumpulan maut, namun tidak menolak jika pasukannya terpaksa berdepan situasi sama pada kempen kali ini.

--- SINAR HARIAN