Showing posts with label Tampines Rovers (Singapura). Show all posts
Showing posts with label Tampines Rovers (Singapura). Show all posts

Friday, July 26, 2013

Hodak atur tiga aksi persahabatan


Hodak atur tiga aksi persahabatan
Kelantan diharap tidak diundi dalam kumpulan maut.
 
TIGA aksi persahabatan menjadi pilihan Ketua Jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia,  bermula 15 Ogos depan.

Selain bertemu skuad Piala Presiden Kelantan esok, penyandang juara Piala Malaysia itu dijadual bertemu naib juara Liga Super, Selangor di Shah Alam pada 1 Ogos dan T-Team di Kota Bharu, empat hari kemudian.

Hodak berkata, pertemuan menentang T-Team bagaimanapun bergantung sekiranya Kelantan dan kelab dari Terengganu itu tidak diundi bersama pada majlis undian Piala Malaysia yang berlangsung di Menara TM, Kuala Lumpur, petang esok.

“Ketiga-tiga perlawanan ini selain pertemuan menentang Tampines Rover di Kota Bharu pada 13 Ogos cukup penting sebelum saya mendapat bayangan barisan sebenar Kelantan.

 “Usaha Kelantan mempertahankan kejuaraan bermula dengan perlawanan tersebut. Apa pun, lima aksi terakhir dalam Liga Super membuktikan kami sebenarnya mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Hodak, sesi latihan sejak 19 Julai lalu berjalan lancar dengan  kecergasan semua pemainnya berada pada tahap terbaik setakat ini.

“Sebelum datang ke Malaysia, saya sudah biasa berhadapan situasi seperti ini. Ini perkara normal, lagi pun pemain ada pengalaman berlatih dalam bulan puasa. Seperti juga pasukan lain, ia tidak menjadi masalah bagi kami,” katanya.

Mengenai undian Piala Malaysia berlangsung esok, pengendali Croatia itu berharap Kelantan tidak diundi sekali lagi dalam kumpulan maut, namun tidak menolak jika pasukannya terpaksa berdepan situasi sama pada kempen kali ini.

--- SINAR HARIAN

Thursday, July 18, 2013

Piya serius jumpa Tampines Rovers




 Piya
 
KETUA Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menganggap pertemuan menentang Tampines Rovers bagi perlawanan Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)/Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 12 Ogos depan cukup penting bagi pasukannya.

Mohd Badhri atau sinonim dengan panggilan Piya berkata, pertemuan menentang kelab dari Singapura itu bukan sekadar medan memanaskan badan pasukan Kelantan menghadapi kempen Piala Malaysia, malah lebih penting pasukannya berusaha meraih kemenangan bagi memastikan maruah negara tidak tercalar buat kali kedua.

“Kami baharu sahaja mempertahankan kejuaraan Piala FA pada 29 Jun lalu. Sudah pasti kami cukup teruja apabila diberi penghormatan menjadi pasukan pertama negara bermain dalam perlawanan tunggal ini.

“Saya pandang serius pertemuan ini dan anggap ia seumpama perlawanan akhir. Kami berjaya menewaskan Lions XII 2-0 dalam aksi terakhir Liga Super dan harap dapat ulanginya sekali lagi ke atas kelab dari Singapura ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut perancang tengah berusia 31 tahun itu, Tampines Rovers mungkin mendapatkan maklumat mengenai kekuatan The Red Warriors daripada pengendali Lions XII, V Sundramoorthy namun beliau merasakan itu bukan masalah besar bagi pasukannya apabila berdepan skuad kendalian Nenad Bacina pada pertemuan di Kota Bharu nanti.

Pakar sepakan bebas itu bagaimana pun tidak terlepas daripada memikirkan strategi yang akan digunakan jurulatih, Bojan Hodak memandangkan enam rakan sepasukannya kini sedang menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya.

“Enam pemain ini hanya akan kembali lapor diri bersama Kelantan sehari selepas aksi menentang Barcelona FC. Memang saya risau kerana separuh kekuatan pasukan kita datang daripada mereka,” katanya.

Enam pemain Kelantan yang sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Azizi Matt Rose, Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani.

--- SINAR HARIAN