Piya
Piya (kanan) menampilkan permainan cemerlang sehingga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013.
 
PEMAIN terbaik final Piala FA, Mohd Badhri Radzi menjelaskan misinya selepas ini adalah untuk memastikan Kelantan kekal sebagai lima pasukan terbaik Liga Super.

Berbaki dua perlawanan, Mohd Badhri atau mesra dengan panggilan Piya, optimis The Red Warrior (TRW) mampu meraih enam mata.

“Dua baki perlawanan ini amat penting. Kami akan berusaha memastikan Kelantan tidak kehila-ngan mata penting,” katanya.

Kapten pasukan Kelantan itu berkata, rakan sepasukannya tidak akan terus dibuai mimpi kemenangan Piala FA terutamanya ketika menentang Perak di Stadium Ipoh, esok.

“Kami sentiasa bersedia untuk mengharungi baki saingan Liga Super,” katanya.

--- SINAR HARIAN