TIBA -TIBA sahaja nama Stefan Nikolic dikeluarkan
daripada senarai barisan pemain The Red Warriors (TRW) musim depan
gara-gara pemain kelahiran Montenegro itu gagal memperoleh Sijil
Perpindahan Antarabangsanya (ITC).
Itu drama terbaharu yang menghiasi kem bola sepak Kelantan ketika tarikh tutup pendaftaran pemain Liga Malaysia musim 2015 berakhir tengah malam, Jumaat lalu.
Nikolic yang diperkenalkan pada majlis gilang-gemilang di Kota Bharu pada 1 Disember lalu hanya sempat menjalani latihan beberapa hari sahaja sebelum nama dia terpaksa digugurkan berikutan masalah teknikal itu.
Tindakan pantas Kafa
Kehilangan bekas pemain kebangsaan bawah 21 tahun Montenegro musim 2009 hingga 2012 itu bagaimanapun pantas diselesaikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila menamakan pemain dari Colombia, Erwin Albeiro Carrillo Fragozo atau ringkasnya Erwin Carrillo sebelum tarikh tutup pemain import berakhir.
Tetapi yang menjadi tanda tanya, ke mana hilangnya ITC Nikolic setelah ejen pemain berkenaan itu sendiri dikatakan gagal mendapatkan daripada kelab lamanya, Incheon United FC, Korea Selatan.
Namun, itu bukan lagi persoalan yang perlu dipertikaikan penyokong TRW kerana Nikolic, pemain yang memulakan kerjaya bersama kelab Sutjeska Niksic di negaranya sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan dengan skuad kendalian George Boateng itu.
Tunggu kehebatan
Impian penyokong Kelantan untuk menyaksikan bukan sahaja kehebatan Carrillo, malah Jonathan McKain, Isaac Pupo dan Emmanuel Kenmogne bergandingan mungkin menjadi kenyataan apabila bekas juara tiga piala musim 2012 itu bertemu Kuala Lumpur pada satu aksi persahabatan di Kota Bharu, 19 Disember ini.
Carrillo, merupakan pemain import yang sememangnya berada dalam senarai simpanan Kelantan sebelum ini dan kehadiran pemain berketinggian 1.81 meter pastinya menyuntik kekuatan jentera penggempur TRW musim depan.
Apa pun, Kelantan terpaksa menanti dengan penuh sabar kerana Carrillo, Pupo dan Kenmogne masih belum melaporkan diri menjalani latihan bersama mereka sehingga kini.
--- SINAR HARIAN