Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu dipetik menerusi
entri laman sosialnya tidak menolak kemungkinan rombakan drastik
dilakukan terhadap pemain import berikutan prestasi pasukannya tidak
konsisten dalam saingan Liga Super, musim ini.
“TRW mungkin antara tiga (pasukan) terbanyak menjaringkan gol dengan
17 jaringan (dalam kempen Liga Super) tetapi kita mudah dibolosi.
“Mungkin kita perlukan dua (pemain) import di posisi pertahanan? Dan
(atau) penyerang mungkin ditukar lagi? Fobia dengan pemain import!!,”
katanya.
Untuk rekod, skuad kendalian K Devan berkenaan diperkuatkan Jonathan
McKain dari Australia, Jonatan Lucca (Brazil), Blazhe Ilijoski
(Macedonia) dan bekas penjaring terbanyak Liga Super tahun lalu iaitu
Dramane Troare (Mali) pada musim ini.
--- SINAR HARIAN