24 April 2016
KELANTAN tidak mahu mendabik dada walaupun menang 3-0
ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di
sini malam tadi.
Pembantu jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, Kamaruddin Mohamad
berkata jentera serangan dan pertahanan perlu diperbaiki bagi
mengharungi perlawanan akan datang.
wan za
"Kami akan menyusun kembali corak latihan kerana masih ada dua baki
perlawanan dalam pusingan pertama ini iaitu menentang Selangor dan Felda
United.
"Kemenangan pada malam ini membuktikan kami mampu bangkit walaupun
mendapat kritikan peminat berikutan prestasi hambar dalam beberapa
perlawanan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.
Kelantan melonjak ke tangga kelima carta dengan kemenangan 3-0 ke atas Terengganu.
Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan
Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62') dan
Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88'). - Bernama
--- SINAR HARIAN