Showing posts with label Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Show all posts
Showing posts with label Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Show all posts

Tuesday, August 9, 2016

Kelantan buru tiga mata di Selayang

Wan Badri berkata, pasukannya tidak mempunyai masalah meskipun Kerjasama Lialibiti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memutuskan perlawanan dilangsungkan sebelah petang setelah tahap pencahayaan lampu limpah stadium berkenaan gagal melepasi had ditetapkan.

Menurutnya, sekali pun The City Boys sudah biasa bermain sebelah petang dalam saingan Liga Perdana namun dia menegaskan ia tidak memberi sebarang kelebihan kerana yakin pemainnya juga mampu menyesuaikan diri dengan cuaca panas.

“Rasanya bermain setelah petang tak ada masalah kepada Kelantan. Saya percaya  pemain boleh sesuaikan diri dengan keadaan tersebut tambahan pula difahamkan keadaan cuaca di ibu negara amat baik, sehari dua ini.

“Malah saya fikir pemain import pun tak ada masalah, Wander Luiz (Bitencourt Junior) sudah biasa kerana cuaca di Brazil lebih kurang sama dengan Malaysia manakala Gomis (Morgaro) juga ada pengalaman bermain sebelah petang dalam Liga Perdana Inggeris,” katanya, semalam.

Wan Badri berkata, skuad kendalian Velizar Popov akan turun dengan misi mengutip tiga mata bagi mencerahkan peluang melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik dalam pertandingan piala paling berprestij itu.

“Sudah pasti kami mahukan kemenangan di Selayang petang esok (hari ini). Jika kita dapat menewaskan Kuala Lumpur, bererti salah satu slot ke suku akhir sudah terjamin buat Kelantan.

“Apa pun, kita letak tepi dahulu soal (layak ke suku akhir) itu kerana saya mahu pemain memberi sepenuh tumpuan perlawanan itu. Kita tahu, Kuala Lumpur sebuah pasukan yang cukup sukar dikalahkan sebagaimana mereka buktikan ketika hanya tewas 0-1 di Kota Bharu, 30 Julai lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Wan Badri berkata, Kelantan cukup lega apabila dua tonggak utama, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Indra Putra Mahayuddin kembali memperkuatkan pasukan itu untuk berdepan skuad kendalian Ismail Zakaria.

--- SINAR HARIAN

Wednesday, July 27, 2016

Kelantan tidak mahu beri muka

“TIADA laluan mudah” Demikian tegas Pengurus Kelantan, Wan Badri Wan Omar menjelang pertemuan sengit menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Wan Badri berkata, walaupun kelebihan berpihak peneraju takhta liga itu kerana bermain di gelanggang sendiri, namun dia percaya pasukannya juga berpeluang mencipta kejutan sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam aksi itu.

“Memang kita sedar bukan mudah bagi mana-mana pasukan bermain di Larkin apatah lagi JDT kini berada pada prestasi terbaik mereka setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan selain tidak pernah tewas di tempat sendiri.

“Tetapi saya percaya tiada yang mustahil dalam bola sepak. Apa-apa sahaja boleh berlaku dan jurulatih (Velizar Popov) pasti mempunyai percaturan tersendiri untuk berdepan pasukan hebat seperti JDT,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dia yakin skuad pantai timur itu mampu memberi tentangan ke atas skuad kendalian Mario Gomez walaupun gagal melakar kemenangan ketika bertemu Pahang di Kota Bharu, tempoh hari.

“Kita beraksi baik, namun banyak peluang gagal terhidang diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Namun inilah hakikat bola sepak, kemenangan hanya datang dengan cara  kita menjaringkan gol dalam satu-satu perlawanan,” katanya.

Tambahnya lagi, ketiadaan dua tonggak utama iaitu Mohamad Muslim Ahmad dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akibat kecederaan dan penggantungan permainan mampu ditampung dengan kehadiran pemain lain untuk berdepan pasukan Harimau Selatan.

“Sudah pasti Popov akan melakukan sistem penggiliran pemain dan siapa yang diturunkan, saya rasa sudah ada dalam perancangannya untuk memilih sesiapa dalam kesebelasan utama malam esok (malam ini),” katanya.

Dalam pada itu, pengurus berusia 43 tahun itu mengakui faktor jadual perlawanan padat bukanlah sesuatu yang normal bagi pemainnya, namun ia terpaksa ditempuhi memandangkan semua pasukan lain turut berdepan situasi sama, ketika ini.

“Apa keadaan sekali pun, semua pemain perlu mengekalkan kekuatan mental dan fizikal dengan memberikan komitmen dan disiplin tertinggi mereka pada pertemuan ini,” katanya.


--- SINAR HARIAN

Thursday, May 26, 2016

Kes Disiplin Pemain Kelantan Diserahkan Kepada Lembaga Tatatertib KAFA



KOTA BAHARU, 24 Mei (Bernama) -- Pemain pasukan bola sepak Kelantan yang melanggar disiplin akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk tindakan lanjut.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata lembaga tatatertib itu mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemain yang melanggar disiplin.

"Kami faham perasaan pemain, mereka bermain bersungguh-sungguh bagi mencapai kemenangan, namun sebagai pemain profesional terdapat tiga perkara perlu dipatuhi iaitu pemain telah tandatangani akujanji, mereka menandatangani kontrak selaku pemain profesional, dan mematuhi kod etika persatuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata KAFA dan pemain mempunyai tanggungjawab kepada pasukan bagi meraih kejayaan pada setiap musim, justeru kerjasama dan profesionalisme semua pihak amat diperlukan.

"KAFA perlu profesional dalam pengurusan dan pemain seharusnya bijaksana apabila setiap kali beraksi di padang tanpa melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan sehingga merugikan pasukan dan persatuan," katanya.

"Semua perkara dilakukan seharusnya ke arah membentuk pasukan yang mantap untuk bersaing bersama-sama pasukan lain dalam Liga Malaysia," katanya.

Katanya setakat ini, kes tersebut belum dibincangkan secara teliti, namun pihaknya akan mengambil pandangan ketua jurulatih Kelantan Emilov Velizar Popov mengenai perkara berkenaan.

Ismail mengulas saranan beberapa bekas pemain Kelantan yang dilaporkan akhbar tempatan hari ini, supaya KAFA mendenda mana-mana pemain yang didapati sengaja melanggar disiplin sehingga mencemarkan nama pasukan.

Isu itu timbul ketika perlawanan di Stadium Shah Alam minggu lepas, apabila Kelantan terpaksa beraksi dengan baki perlawanan hampir 70 minit dengan kekurangan seorang pemain setelah Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang pada pertengahan babak pertama.

Kelantan sekali lagi terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika bertemu Selangor setelah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilayangkan kad merah dalam aksi Liga Super di Kota Baharu, Sabtu lepas.

-- BERNAMA

Monday, May 23, 2016

Popov Akui Kelemahan Pertahanan Kelantan


 
Velizar Emilov Popov  
 
 
KOTA BAHARU, 22 Mei (Bernama) -- Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov mengaku kekalahan pasukan itu kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi adalah berpunca daripada kelemahan empat pemain pertahanannya.

Jurulatih dari Bulgaria itu berkata Kelantan bermain dengan baik pada peringkat awal tetapi pemainnya gagal mengekalkan strategi yang dirancang hingga menjejaskan keseluruhan permainan mereka.

Pasukan itu beraksi cemerlang pada sembilan minit pertama, tetapi gagal meneruskan rentak itu, di samping timbul masalah di barisan pertahanan.

"Selepas itu, Selangor mula menyerang dan keadaan ini tidak mungkin terjadi sekiranya para pemain, terutama di bahagian pertahanan, terus mengamalkan disiplin untuk menang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini malam tadi.

Selangor mengutip tiga mata melalui kemenangan 5-2 terhadap Kelantan itu.

Gol 'Red Giants' diperoleh melalui jaringan Mohd Hafiz Kamal (minit ke-15), R. Gopinathan (21), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (35), Mohd Razman Roslan (49) dan Ahmad Hazwan Bakri (88).

Gol Pamoga Qu Puteh Red Warriors pula dijaring Blazhe Ilijoski pada minit ke-9 dan Dramane Traore (59).

Jurultih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan berusaha mengatasi kelemahan pertahanan Kelantan melalui sesi latihan selepas ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata kemenangan besar mereka terhadap Kelantan itu adalah di luar jangkaan kerana pada pertemuan sebelum ini, mereka hanya mencatat kedudukan seri, walaupun pasukan lawan beraksi hanya dengan 10 pemain.

"Bagaimanapun, pada perlawanan malam ini (malam tadi), pemain Selangor mengambil kesempatan penuh daripada kedudukan Kelantan yang hanya digerakkan 10 pemain mulai minit ke-60 apabila Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria) diberi kad merah," katanya.

-- BERNAMA

Friday, April 29, 2016

Kelantan tidak mahu mendabik dada



KELANTAN tidak mahu mendabik dada walaupun menang 3-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam tadi.

Pembantu jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, Kamaruddin Mohamad berkata jentera serangan dan pertahanan perlu diperbaiki bagi mengharungi perlawanan akan datang.   
 wan za
"Kami akan menyusun kembali corak latihan kerana masih ada dua baki perlawanan dalam pusingan pertama ini iaitu menentang Selangor dan Felda United.

"Kemenangan pada malam ini membuktikan kami mampu bangkit walaupun mendapat kritikan peminat berikutan prestasi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.

Kelantan melonjak ke tangga kelima carta dengan kemenangan 3-0 ke atas Terengganu.

Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62') dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88'). - Bernama
 
 
--- SINAR HARIAN

Monday, April 11, 2016

Kelantan - JDT Sama Kuat

Felda United Kembali Ke Puncak Liga Super

  Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol pertama Kelantan

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Felda United merampas kedudukan teratas Liga Super daripada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) setelah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Keputusan tersebut dibantu keputusan seri 2-2 dicatat JDT ketika berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Felda United mengumpul 18 mata manakala JDT turun ke tangga kedua carta Liga Super dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan.

Pada aksi di Jengka, Felda United memecah kebuntuan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Muhammad Hadin Azman yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 menerusi penyerang import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh namun Felda United memastikan rekod tanpa kalah di laman sendiri menerusi jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-74 dan Francis Forkey Doe, selang dua minit kemudian.

Di KOTA BAHARU, JDT gagal mempertahankan kelebihan dua gol sebelum seri 2-2 dengan Kelantan.

Pasukan pelawat mengejutkan Kelantan menerusi jaringan pembukaan Juan Martin Lucero pada minit kesembilan sebelum penyerang kelahiran Argentina itu menggandakan jaringan untuk JDT pada minit ke-52.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin merapatkan defisit jaringan, selang seminit kemudian sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menyelamatkan maruah skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dengan gol penyamaan pada minit ke-67.

Esok, tiga lagi aksi Liga Super akan berlangsung membabitkan pertemuan antara Perak dan Pahang FC di Stadium Perak, Ipoh; Sarawak dan Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching selain pertemuan dua pasukan utara tanah air, Kedah dan Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

-- BERNAMA

Monday, October 27, 2014

Brendan kekal bersama Kelantan




Brendan (tengah) kekal menyarung jersi Kelantan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
TEKA -Teki mengenai Brendan Gan akhirnya terjawab apabila pemain tengah versatil The Red Warriors (TRW) itu kekal menyarung jersi pasukan berkenaan untuk saingan Liga Malaysia musim 2015.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya malam kelmarin mengumumkan Brendan, pemain yang mendapat taraf kerakyatan, Mac lalu, antara yang tersenarai dalam pasukan berkenaan untuk musim depan.

“Pemain berikut mempunyai kontrak dengan Kafa dan telah pun didaftarkan secara rasmi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu sebagai pemain skuad The Red Warriors musim 2015.

“Yang lain (pemain) sedang diuruskan. Apex (Khairul Fahmi Che Mat), Mat Chah (Mohd Shahrizan Ismail), Syazwan (Yusoff), Poknik (Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim), Tuan Muhammad Faim (Tuan Zainal Abidin), Roypy (Zairul Fitree Ishak) dan Mohd Fitri (Omar).

Turut kekal bersama Kelantan ialah Wan Zack Haikal Wan Noor, Ahmad Fakri Saarani, Brendan Gan, Mohd Badri Radzi, Mohd Khairul Izuan Rosli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Amar Rohidan dan Mohd Farisham Ismail.

Pengumuman terbaharu itu sekali gus menamatkan keresahan penyokong Pahlawan Merah yang sebelum ini terkejut dengan spekulasi tersebar luas mengenai perpindahan Brendan ke salah sebuah kelab di selatan tanah air.

Malah timbul desas-desus pemain kelahiran Australia itu dikatakan akan dijual dengan nilai jutaan ringgit kepada kelab berkenaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Kelantan, tidak lama dahulu.

Menurutnya lagi, empat pemain import sudah mengikat kontrak dengan pihak Kafa dan nama mereka akan diumumkan sebaik sahaja urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) selesai tidak lama lagi.

“Masih ada tujuh slot lagi untuk pemain tempatan memperkasakan TRW. Senarai lengkap akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam entri berbeza, Annuar turut membayangkan pasukan Kelantan pada musim depan bakal memiliki pemain import yang mempunyai reputasi cukup hebat di pentas antarabangsa.

“Seorang kapten pasukan yang pernah beraksi dalam Liga Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia, seorang penjaring di liga sebuah negara Afrika 2014 dan seorang lagi juga penjaring terbanyak liga sebuah negara Asia musim ini,” katanya.


--- SINAR HARIAN

Monday, January 27, 2014

Kenali pasukan Kelantan


KEKUATAN

Kembalinya Mohd Ghaddar dan penyerang baru Forkey Doe pastinya memberi kelebihan buat Darby untuk mempelbagaikan corak serangan, ditambah Mohamed Shawky yang kian serasi bergandingan dengan Piya pastinya digeruni lawan.

KELEMAHAN

Posisi pertahanan menjadi persoalan utama TRW, adakah beberapa pemain baru mampu mengalas tanggungjawab diberikan selain kehilangan hampir separuh tonggak utama yang berhijrah.

NAMA JOLOKAN: THE RED WARRIORS

Stadium: Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Pencapaian musim lalu: Naib Juara Piala Sultan Ahmad Shah, Tempat keempat Liga Super, Juara
Piala FA, Naib juara Piala Malaysia
Pengurus Pasukan: Azman Ibrahim
Penolong Pengurus : Wan Badri Wan Omar
Ketua Jurulatih: Steve Darby
Penolong Jurulatih: Mohd Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol : Ismail Chawalit Abu Bakar
Jurulatih Kecergasan : Miro Petric
Fisioterapi : Mohd Zainuddin Zakariar
Kitman : Harun Ismail
Pegawai Keselamatan: Datuk Mohd Farek Abdul Ghani
Pegawai Media: Md Zuki Deraman

PEMAIN DIKEKALKAN

1.    Muhammad Syazwan Yusoff (1)
2.     Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin (2)
3.     Obinna Nwaneri (4)
4.     Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (5)
5.    Mohd Farisham Ismail (6)
6.     Mohamad Ab Aziz Ismail (11)
7.     Ahmad Fakri Saarani (13)
8.     Mohd Badhri Radzi (16)
9.     Khairul Fahmi Che Mat (19)
10.     Mohd Khairul Izuan Rosli (23)
11.     Zairul Fitree Ishak (24)
12.     Mohd Shahrizan Ismail (30)

PEMAIN BAHARU

1.     Mohamad Faiz Suhaimi (3)
2.     Tengku Hasbullah Raja Hassan (7)
3.     Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (8)
4.     Amar Rohidan (12)
5 .     Lim Choon Wee (14)
6 .     Famirul Asraf Sayuti (15)
7.     Muhamad Nazri Ahmad (18)
8 .     Muhammad Aizat Jaini (20)
9.     Ahmad Shakri Md Ali (21)
10.     Faizol Nazlin Sayuti (25)
11.    Mohamed Shawky Aly (17)
12.     Francis Forkey Doe (10)
13.     Mohammed Ghaddar (22)

PEMAIN KELUAR

1.    Mohd Norfarhan Mohamad ( Terengganu)
2.     Shakir Shaari, Azizi Mat Rose ( JDT 1)
3.     Mohd Daud Su Jamaludin (JDT 1)
4.     S Subramaniam (JDT 1)
5 .     Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
6 .    Rizal Fahmi Ab Rosid (Selangor)
7.    Dickson Nwakaeme (Pahang)
8.    Haris Safwan (Felda United)
9 .    Zairo Anuar Zailani (Terengganu)
10.     Mohd Faiz Subri (Terengganu)

* Nombor jersi dalam kurungan

Wednesday, January 8, 2014

Barisan Penyerang Kurang Menyengat - Darby


KOTA BHARU, 7 Jan (Bernama) -- Disebalik kemenangan 3-1 ke atas Perlis dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, ketua jurulatih pasukan bola sepak Kelantan, Steve Darby masih tidak berpuas hati dengan prestasi barisan penyerang pasukan.

Jurulatih berusia 59 tahun itu berkata pemain, terutamanya penyerang, perlu memperbaiki kemahiran hantaran bola untuk membuat penyudah lebih baik.

"Secara keseluruhannya corak hantaran bola belum sebaik yang diharapkan. Pemain boleh lakukan hantaran yang jauh lebih baik daripada itu. Tiada alasan sama sekali.

"Jadi kami menyasarkan hantaran yang lebih baik, pastinya penyudah lebih kemas. Kami tidak akan dapat melakukan jaringan daripada semua peluang yang ada. Kami perlu buka peluang, itu yang penting," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Mohamed Ghaddar membuka jaringan bagi Kelantan pada minit ke-45 diikuti oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-81) dan Ahmad Fakhri Saarani (minit ke-93) manakala gol Perlis dijaringkan pemain import Dao Bakary pada minit ke-59.

-- BERNAMA

Wednesday, January 1, 2014

Wan Zaharulnizam yakin galas tugas penyerang


29 Disember 2013


Wan Zaharulnizam Wan Zakaria   


KOTA BHARU - Pemain baharu Kelantan Wan Zaharulnizam Zakaria yakin mampu menggalas tugas dua bekas pemain The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin dan Nurul Azwan Roya yang beraksi di posisi sayap kiri dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang ditimba ketika bersama skuad Harimau Muda A kendalian  Datuk Ong Kim Swee sudah cukup buatnya untuk memikul tanggungjawab di bahagian jentera serangan itu.

"Memang tidak dinafikan Indra Putra dan Nurul Azwan merupakan pemain yang hebat di posisi sayap kiri, namun tidak mustahil untuk saya memberikan aksi lebih mantap daripada mereka.

"Saya akan gunakan pengalaman ketika bersama skuad kebangsaan bawah 22 tahun sebaik-baiknya untuk membalas kepercayaan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan seluruh penyokong The Red Warriors," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Zaharulnizam yang berasal dari Tumpat berkata peluang untuk beraksi bersama pasukan dari negeri kelahirannya sendiri akan digunakan sebaik mungkin, sekaligus menjadi pembakar semangat untuk beliau menabur bakti dengan mempamerkan aksi terbaik di atas  padang.

Begitupun, beliau mengakui sedikit tertekan kerana masih memerlukan waktu untuk mendapatkan keserasian dengan pemain-pemain  yang lain kerana baru menjalani latihan kira-kira sebulan yang lepas.

"Saya juga terpaksa bersaing dengan pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dan Mohamed Shawky kerana mereka berdua juga  merupakan antara pemain yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

"Selaku pemain baharu, memang tidak boleh lari daripada menghadapi tekanan dalam mendapatkan keserasian dengan pemain lain.  Namun, ia bukan satu masalah besar bagi saya dan ia memerlukan sedikit masa selain perlu menggandakan latihan," katanya. - Bernama

--- SINAR HARIAN

Monday, December 9, 2013

Amar sahut cabaran