PETALING JAYA, 27 Dis (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
memberi lampu hijau kepada tujuh buah stadium untuk menganjurkan
perlawanan Liga Malaysia pada waktu malam selepas didapati mematuhi
peraturan kecerahan 1,000 lux untuk lampu limpah seperti yang
ditetapkan.
Tujuh stadium berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan; Stadium Shah Alam, Selangor; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan; Stadium Darul Makmur, Pahang; Stadium Negeri Sarawak; Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Jalan Besar, Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata selain di tujuh stadium berkenaan, perlawanan perlu diadakan pada sebelah petang.
"Kita membenarkan pasukan Perak untuk bermain di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut pada waktu petang ekoran Stadium Perak ditutup untuk kerja-kerja penambahan fasiliti.
"Kita akan melaksanakan pemeriksaan di stadium yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam sekiranya mereka mematuhi peraturan kecerahan 1,000 lux, selepas melalui proses penambahbaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKPT di Wisma FAM di sini hari Khamis.
--BERNAMA