WALAUPUN sekadar menamatkan kempen Liga Super di
tangga keempat, namun pencapaian The Red Warriors tetap dibanggakan
setelah berjaya keluar daripada belenggu kemerosotan prestasi pada awal
musim ini.
Sekurang-kurangnya, kejayaan tersebut mampu meletakkan kembali Kelantan yang merupakan juara tahun 2011 dan 2012 ke dalam kelompok pasukan elit pada saingan liga domestik yang melabuhkan tirainya malam kelmarin.
Malah raut wajah Ketua Jurulatih, Bojan Hodak cukup ceria apabila Kelantan berjaya menewaskan Lions XII 2-0 pada perlawanan terakhir di Kota Bharu sekali gus membuktikan prestasi pasukannya pada musim ini tidaklah seburuk disangkakan.
“Ada sebab untuk saya gembira kerana gawang Kelantan tidak bolos dalam lima perlawanan terakhir dan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik memberi keyakinan tinggi bagi kami menghadapi kempen Piala Malaysia nanti.
“Ramai orang bertanya mengapa kami boleh bangkit dan kekal konsisten ketika ini. Jawapannya mudah, kami ada Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Farisham Ismail yang tak beraksi pada awal musim tetapi kembali bermain bersama pasukan sejak Februari dan April lalu," katanya kepada Sinar Harian sejurus perlawanan.
Pada perlawanan tersebut, Kelantan menewaskan juara baru Liga Super, Lions XII 2-0 hasil sentuhan magis Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit kelima sebelum Dickson Nwakaeme melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol kedua pada minit ke-58.
Namun kemenangan tersebut terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kapten berusia 31 tahun itu diusung keluar pada minit ke-76 setelah mengalami kecederaan hamstring sekali gus peluang beliau untuk menyertai latihan skuad kebangsaan pada 11 Julai ini kelihatan samar.
Mengulas kemenangan berharga ke atas pasukan jemputan dari Singapura itu, pengendali dari Croatia itu akui cukup berpuas hati dengan prestasi anak buahnya meski pun beraksi tanpa beberapa tonggak utama.
“Lions tanpa pemain utama mereka tetapi kami juga tiada Obinna Nwaneri dalam perlawanan ini. Mereka cukup berbahaya menerusi ‘set piece’ dan mencipta satu atau dua masalah tetapi kami berhak menang kerana pemain bijak memanfaatkan peluang dimiliki.
“Saya tak boleh menamakan siapa pemain terbaik malam ini. Saya kena beri kredit kepada Azizi Matt Rose, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim kerana turut beraksi cemerlang pada perlawanan ini,” katanya.

--- SINAR HARIAN