22 November 2012
“USAH dengar khabar angin." tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menafikan isu
perpindahan pemain import Lubnan, Mohammed Ghaddar ke pasukan Hobin Jang
Hobin.
Katanya, beliau sendiri tidak tahu dari mana berita itu tersebar. Sedangkan PBNS sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Seperti kita maklumkan sebelum ini, kita masih lagi mencari pemain import berkualiti dari benua Afrika dan Amerika Selatan, khususnya negara Argentina.
"Tidak pernah pula kita sebut ingin mencari pemain dari benua Asia," katanya kepada Sinar Harian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, dekat sini, semalam.
Menurut Mohamad yang juga Menteri Besar Negeru Sembilan, biarlah pencarian itu mengambil masa asalkan berbaloi dari segi harga dan mutu dipersembahkan pemain tersebut.

---SINAR HARIAN