22 November 2012
KETIADAAN penyerang Norshahrul Idlan Talaha bersama Kelantan bagi aksi
Liga Malaysia musim depan, satu kehilangan besar buat juara treble 2012
itu.
Kehilangan yang turut dirasai rakan sepasukan, juga penjaga gol utama The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat.
Menurut Apex, barisan kejurulatihan dan pengurusan ada strategi tersendiri bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan penyerang berkenaan.
“Walaupun Mat Yo (Norshahrul) tidak bersama kami lagi musim depan, saya masih berharap Kelantan tetap menjadi saingan hebat kepada pasukan lain.
“Ketiadaan beliau juga tidak bererti pintu rezeki untuk mempertahankan trofi kejuaraan tertutup kerana saya yakin peluang itu tetap ada,” katanya selepas sidang media mengumumkan perkahwinan beliau, semalam.
Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan senarai barisan pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.
Namun, daripada kesemua nama yang diumumkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, nama Mat Yo tiada dalam senarai.

--- SINAR HARIAN