28 Januari 2013
SENARIO bola sepak negara kembali bergegar apabila
penggunaan Artikel 88 Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali
lagi menjadi sasaran pemerhati dan pengkritik bola sepak negara ketika
ini.
Jika tahun lalu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dikenakan hukuman penggantungan dua tahun setengah, kali ini Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin menjadi mangsa terbaharu artikel tersebut.
Ia ekoran kenyataan pemimpin tertinggi pasukan bola sepak Singa Utara itu yang menuntut satu transformasi dilakukan terhadap badan induk bola sepak kebangsaan itu pada satu kenyataan media baru-baru ini.
Annuar yang dipetik menerusi laman sosialnya semalam bagaimana pun berkata, kewujudan Artikel 88 Status FAM itu tidak akan menghentikan sama sekali hak dan kebebasan bersuara mengenai bola sepak negara.
“Ada yang mahu Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) berundur, ada yang mahu dilakukan transformasi terhadap badan induk bola sepak kebangsaan itu. Bagi saya semua ini tidak kemana-mana pada situasi sekarang.
“Namun ramai yang terlepas pandang perkara ini, jika mahu satu perubahan besar ia boleh dilakukan dengan mudah menerusi ahli-ahli gabungan badan induk bola sepak kebangsaan itu sendiri."
Menurut Annuar, kongres luar biasa (EGM) boleh diadakan sekiranya satu perlima daripada ahli-ahli gabungan yang terdiri dalam kalangan wakil persatuan bola sepak negeri itu bersetuju untuk berbuat demikian.
“FAM wajib mengadakannya. Jika enggan, ahli-ahli gabungan mereka boleh mengadakan sendiri kongres luar biasa itu. Apa jua perkara yang hendak di bincang atau dipinda, boleh dilakukan pada kongres tersebut.
“Dalam kongres itu, exco FAM tiada kuasa untuk mengundi. Hanya ahli perwakilan atau gabungan boleh berbuat demikian. Sekarang, semuanya terpulang kepada presiden persatuan bola sepak negeri dan badan gabungan untuk melakukan perubahan. Kuasa di tangan anda,” katanya.
Annuar digantung selama 30 bulan daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden pada 4 April tahun lalu oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM.

--- SINAR HARIAN