Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, Kelantan akan
memberi lebih tumpuan kepada jentera serangan yang kurang berkesan
dalam menghasilkan jaringan.
“Kami kini giat menjalani latihan sepanjang tiga minggu ini. Jurulatih, Bojan Hodak memberi tumpuan yang lebih kepada jentera serangan terutama dalam melakukan penyudah yang lebih tajam.
“Memang tidak dinafikan ketumpulan jentera serangan dalam melakukan penyudah menjadi masalah utama kami dalam mencipta kemenangan setakat ini.
“Perkara itu terbukti apabila kami mencatat tiga kali keputusan seri dan tercicir banyak mata dalam lima perlawanan liga musim ini,” katanya.
Selain itu, Piya turut berharap semua penyokong TRW tidak terus bimbang dengan prestasi pasukan kerana masa masih panjang.
“Kami akan bangkit untuk perlawanan seterusnya. Apa yang saya harapkan penyokong terus memberi sokongan padu,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan di laman Facebooknya bahawa TRW akan beraksi pada Piala Permai Hotlink di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu menentang Semen Padang dari Indonesia pada 2 Februari ini.
--- HARIAN METRO