DIRINYA sudah mencecah usia 32 tahun namun kelincahannya berlari ke
segenap penjuru padang membuatkan beliau dilihat cukup bertenaga malah
mampu menyaingi kepantasan pemain muda.
Itulah perwatakan sebenar Indra Putra Mahayuddin, bekas pemain kebangsaan, Perak, Pahang, Selangor dan kini merupakan tonggak utama The Red Warriors yang membantu pasukan tersebut merangkul kejuaraan tiga piala pada musim lalu.
Ketika ramai rakan seangkatannya sudah menggantung but, Indra Putra pula masih memerah keringat dan beliau mahu buktikan faktor usia bukanlah penghalang untuk dirinya terus menghambakan diri dalam bidang bola sepak yang disertainya sejak 15 tahun lalu.
Pendek kata, semakin tua semakin menjadi sentuhannya. Tidak ada istilah ‘veteran’ bagi Indra Putra, kerana selagi mampu menyepak bola, selagi itulah beliau mahu bermain sekiranya khidmatnya diperlukan.
BERSARA
Kata penjaring terbanyak Kelantan bersama Mohd Norfarhan Muhammad ini dalam saingan Liga Super musim ini, beliau tidak terfikir mahu menamatkan karier lebih awal sebaliknya yakin mampu beraksi untuk sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun lagi.
Malah pemain kelahiran Ipoh, Perak itu turut menanamkan impian mahu berkecimpung dalam bidang kejurulatihan dan sedang melakukan persiapan awal untuk mencapai cita-cita tersebut.
“Saya sentiasa berfikir ke arah itu. Cuma untuk mendapatkan lesen belum ada masa lagi, Insya- ALLAH pada tahun ini saya bercadang mendapatkannya (Lesen C) bagi menyambung kerjaya bola sepak,” katanya.
PIALA

Sebutlah apa sahaja piala yang dipertandingkan dalam landskap bola
sepak negara, semuanya pernah didakap dan dijulang oleh Indra Putra atau
dikenali ‘Ind’ dalam kalangan penyokong setia Kelantan itu.
“Saya sudah merasai semua trofi dan beraksi dalam suasana final yang
berbeza. ALLAH SWT telah aturkan perjalanan hidup ini, setiap kali saya
bermain dengan mana-mana pasukan, saya boleh beraksi dalam final,”
katanya.
Menurut Indra Putra, beliau mengagumi sikap dan semangat penyokong
Kelantan dan secara jujur akui faktor tersebut antara yang mendorong
beliau mengambil keputusan kembali beraksi dengan pasukan tersebut
setelah semusim bersama T-Team.
--- SINAR HARIAN