Puas...Aksi Norfarhan (kanan) selepas menyumbat gol kemenangan Kelantan pada minit ke-16. Foto: Safwan Mansor
"KETIKA sesi memanaskan badan, saya sudah terbayang menjaringkan gol
kemenangan buat pasukan Kelantan," kata penyerang The Red Warriors,
Norfarhan Muhamad.
Menurut Farhan, keyakinannya melonjak tinggi sebaik melihat sokongan padu daripada penyokong TRW yang memenuhi segenap ruang Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
“Saya dapat rasakan bahawa malam ini (kelmarin), saya mampu menyumbat gol. Ternyata, apa yang saya bayangkan menjadi realiti," katanya.
Menurut Farhan lagi, kejayaan mengatasi Johor Darul Takzim (JDT) sedikit sebanyak mengubati kekecewaannya yang terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby, tahun lalu.
Pada masa sama, penyerang berusia 28 tahun itu menjelaskan kemenangan Kelantan kelmarin melayakkan mereka beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan dan ia sesuatu yang perlu dibanggakan pemain serta peminat.
“Kemenangan ini cukup bermakna selain mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut, Kelantan juga mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala AFC untuk kali ketiga,” katanya.
Pada aksi final malam kelmarin, Farhan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16 selepas mendapat umpanan cantik Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

--- SINAR HARIAN