Annuar (kanan) memegang Piala FA yang dimenangi Kelantan buat kali kedua, malam kelmarin. Foto: Rosli Talib
JUARA bertahan Piala FA, The Red Warriors menangguhkan hasrat untuk
meraikan kejuaraan buat seketika sebaliknya kembali memberi fokus kepada
saingan Liga Super yang bersambung malam esok.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman sosialnya berkata, Kelantan akan berlepas ke Ipoh pagi ini bagi menghadapi Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.
“Piala FA dan dan pemain hanya akan pulang ke Kelantan selepas perlawanan tersebut.
“Piala akan dibawa balik menerusi jalan darat dan dijangka singgah menemui peminat di Jeli pada jam 12 tengah hari, Machang (3 petang), Ketereh (5 petang) dan tiba di Kota Bharu sejam kemudian," katanya.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,
malam kelmarin, skuad kendalian Bojan Hodak menewaskan Johor Darul
Takzim 1-0 menerusi jaringan tunggal Mohd Norfarhan Muhammad pada minit
ke-16.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan perkara tersebut.
“Berdasarkan perbincangan awal, kita akan bertolak dari Ipoh pada pagi Rabu ini dan dijangka tiba di Kota Bharu pada sebelah petang,” katanya.

--- SINAR HARIAN