Brendan
Gan mengerang kesakitan selepas terjatuh pada awal babak kedua memaksa
Kelantan beraksi dengan 10 pemain dalam baki 40 minit terakhir.
DISEBALIK kejayaan meraih tiga mata ke atas Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pembuka tirai Liga Super di Paroi,
malam kelmarin, sebenarnya kemenangan tersebut terpaksa dibayar harga
yang mahal oleh The Red Warriors (TRW).
Kecederaan yang menimpa pemain tengah, Brendan Gan pada awal babak kedua bukan sahaja menyaksikan pelawat beraksi dengan 10 pemain dalam baki 40 minit terakhir malah terpaksa bertahan dengan serangan bertali-arus ATM setelah pengendali pasukan, George Boateng sudah pun membuat tiga pertukaran pemain sebelum itu.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim bagaimanapun mengesahkan pemeriksaan awal mendapati kecederaan lutut yang dialami pemain kelahiran Australia itu tidak membimbangkan.
“Kita telah bawa Brendan Gan berjumpa doktor sejurus perlawanan malam tadi dan nampaknya kecederaannya tidak serius. Petunjuk awal juga mendapati, dia tidak mengalami kecederaan ligamen lutut atau ACL (anterior cruciate ligament).
“Setakat ini dia masih lagi boleh berjalan tanpa bantuan rakan sepasukan meskipun nampak terhincut-hincut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Nasib malang menimpa Brendan Gan pada minit ke-50 selepas mengasak pemain ATM, Christie Jayaseelan dan tindakan refleksnya cuba memusingkan badan setelah terjatuh mengundang padah memaksa dia diusung keluar akibat kecederaan lutut itu.
Namun begitu, pengurus berusia 55 tahun itu memberitahu, kecederaan sebenar dialami Brendan itu hanya akan diketahui apabila pemain berusia 27 tahun dirujuk ke Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), Damansara, lewat petang semalam.
“Dia akan berjumpa doktor pakar di pusat perubatan tersebut hari ini (semalam) bagi menjalani imbasan Pengimejan Resonan Magnet (MRI). Mungkin malam ini (malam tadi) baharulah saya memperoleh keputusan mengenai kecederaannya,” katanya.

--- SINAR HARIAN