30/10/2010 11:45pm
KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Kelantan melakar sejarah apabila buat
julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim
lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di
Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri
Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu
musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun. - Utusan