KOTA BAHARU, 21 Nov (Bernama) -- Kemungkinan Norshahrul Idlan Talaha
atau Mat Yo tidak lagi beraksi bersama gergasi Pantai Timur semakin
menjadi kenyataan apabila nama penyerang berbisa negara itu tidak
disenarai bersama Kelantan untuk musim 2013.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata persatuan itu sebulat suara bersetuju untuk tidak menyenaraikan Mat Yo buat masa ini dalam senarai 30 pemain yang akan bersama The Red Warriors musim hadapan.
"Kami ambil kira hasrat Mat Yo dan beliau telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak secara unilateral...maknanya dia sendiri yang menamatkan kontrak.
"Mengenai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), ia bukan melibatkan kontrak tetapi berkaitan soal pemindahan pemain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perarakan Tiga Piala di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, Selasa malam.
Pada majlis itu, kira-kira 10,000 penyokong setia The Red Warriors berkumpul untuk sama-sama merayakan kejayaan Kelantan melengkapkan kejuaraan treble apabila menjulang Liga Super dan Piala FA serta Piala Malaysia.
-- BERNAMA