ARKIB : 25/02/2013
Oleh YATIMIN ABDULLAH
Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU 25 Feb. - Spekulasi penyerang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani yang beraksi dalam saingan liga Portugal akan kembali ke tanah air terungkai, selepas pemain tersebut dikatakan sah menjadi milik The Red Warriors untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani itu dikatakan telah mengikat kontrak selama setahun bersama The Red Warriors kelmarin dan kontrak itu terbuka untuk dilanjutkan.
Khabar gembira tersebut, diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.
Menurut Annuar, semua rundingan antara pihaknya bersama pemain berkenaan dan kelabnya, Athletico SC telah selesai dan kontrak tersebut akan bermula pada April ini.
"Semuanya telah sempurna melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Ahmad Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.
"Ahmad Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini sebaik saja tamat liga di Portugal," katanya. - UTUSAN