PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa
nyata gembira dan berpuas hati dengan prestasi anak buah Bojan Hodak
yang berjaya melepasi sasaran ditetapkan oleh persatuan itu musim ini.
Meskipun gagal untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini, namun bagi Annuar, kejayaan memenangi sekurang-kurangnya satu piala dan layak beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan sudah cukup memadai buat pasukan itu.
“Alhamdulillah, sasaran kedudukan keempat terbaik liga, memenangi sekurang kurangnya satu piala dan layak ke saingan Piala AFC telah tercapai.
“Tahniah kepada pegawai dan terima kasih juga kepada penyokong dan semua yang menyumbang jasa untuk kejayaan The Red Warriors (TRW) musim ini,” kata Annuar menerusi laman Facebook, hari ini.
Semalam, Kelantan mengakhiri saingan Liga Super musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik setelah mengatasi Lions XII 2-0 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Badhri Radzi pada minit kelima dan Dickson Nwakaeme pada minit ke-58.
Kejayaan itu sekali gus memastikan rekod tanpa bolos berterusan kepada lima perlawanan sejak menewaskan Terengganu 4-0 di Kuala Terengganu.
Mengikut kedudukan liga, Kelantan berada pada tangga keempat dengan 36 mata hasil 10 menang, enam seri dan enam kalah.
Annuar turut menyifatkan kejayaan menewaskan juara liga, Lions XII pada perlawanan terakhir itu adalah satu penutup tirai liga yang manis buat TRW musim ini.
Jelasnya, pemain Kelantan juga akan diberikan cuti selama 10 hari sebelum mengharungi kempen Piala Malaysia yang di jangka bermula pada 17 Ogos depan.

--- SINAR HARIAN