JURULATIH
skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal akhirnya mengesahkan bahawa beliau
terpaksa melupakan khidmat pemain Kelantan, Mohd Badhri Radzi bagi
menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC malam esok apabila pemain itu mengalami kecederaan hamstring.
Rajagobal berkata, ekoran kecederaan itu, Badhri atau Piya mungkin akan dihantar pulang bagi membolehkan beliau menjalani rawatan lebih lanjut.
“Selepas melakukan pemeriksaan semalam, kami mendapati beliau (Piya) memang mengalami kecederaan hamstring.
“Jadi, hasil nasihat doktor dan ahli fisioterapi, beliau akan dihantar pulang untuk menjalani rawatan lebih lanjut di sana,” kata Rajagobal kepada pemberita pada sidang media pengurus pasukan di Wisma FAM hari ini.
Keputusan yang dibuat oleh Rajagobal itu membayangkan bahawa Badhri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya lewat tiga hari melapor diri ke kem latihan pusat.
Sebelum ini, Piya mencetuskan kontroversi apabila tidak melaporkan diri untuk kem latihan skuad kebangsaan yang dijadualkan mengadakan beberapa aksi persahabatan dan kunjungan ke Jepun dalam masa terdekat.
Situasi itu mengundang reaksi keras pengurus skuad negara Datuk Seri Subahan Kamal yang dilaporkan berkata, tindakan tegas menanti pemain itu kerana gagal melaporkan diri di Wisma FAM, Khamis lalu dan bertindak mengeluarkan surat tunjuk sebab.
Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan hamstring dan diarahkan datang untuk melaporkan diri kepada Rajagobal bagi menjalani ujian perubatan dengan pegawai perubatan Jumaat lalu, namun gagal dengan memberikan alasan masalah penerbangan.
Mengulas lanjut Rajagobal berkata, “saya fikir semua pihak perlu faham polisi FAM. Semua pemain yang dipanggil perlu melaporkan diri walaupun mengalami kecederaan, hanya kecederaan teruk seperti tidak boleh berjalan kita boleh terima, (tidak hadir ke FAM) namun mestilah disertakan dengan laporan doktor.
“Seperti yang dilakukan Azamuddin Mohd Akil sebelum ini. Kita periksa dulu keadaan dia dan ternyata memerlukan tempoh lima minggu untuk pulih (patah jari),” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Piya akan masih menyertai kem latihan bersama skuad negara ke Jepun meskipun mengalami kecederaan tersebut, Rajagobal bagaimanapun berkata, “tidak, Piya perlu berehat kerana kecederaan yang dialaminya mungkin mengambil masa antara dua hingga tiga minggu.
“Jadi, beliau tidak akan dapat beraksi bersama skuad negara malam esok dan juga tidak dapat turut serta berkunjung ke Jepun,” jelas Rajagobal.

--- SINAR HARIAN