MENAMATKAN saingan Liga Super musim ini pada kedudukan
keempat terbaik menjadi sasaran terbaharu The Red Warriors selepas
berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali kedua, minggu lalu.
Di atas kertas, Kelantan berkemungkinan besar dilihat mampu menamatkan saingan pada tangga tersebut jika menewaskan juara baharu Liga Super, Lions XII tetapi dengan syarat perlu mengharapkan ‘ihsan’ Perak mencipta kejutan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak tetap tampil dengan nada positif sambil membayangkan apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak sebagaimana dibuktikan pasukannya ketika menyingkirkan Terengganu pada saingan separuh akhir Piala FA tidak lama dahulu.
“Pada situasi seperti ini, sudah pasti kami mengharapkan kejutan berlaku dalam perlawanan lain (ATM bertemu Perak). Bagaimana pun, saya tetap mengingatkan semua pemain agar fokus dan tidak memikirkan sebarang keputusan melibatkan perlawanan lain.
“Jika menamatkan saingan pada tangga keempat, saya fikir ini satu pencapaian baik bagi kami. Jika kekal tempat kelima sekali pun, kami terimalah keputusan ini. ATM hendak menang, Kelantan pun mahu menang dan Pahang juga turut mengintai peluang sama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Hodak berkata, mengakhiri kempen liga domestik dalam kelompok empat pasukan teratas sememangnya memberi kepuasan mendalam bagi beliau setelah pasukannya bermula hambar ekoran dilanda pelbagai masalah pada awal musim ini.
Mengulas pertemuan malam ini, Hodak akui ia perlawanan sukar memandangkan Lions XII dibarisi ramai pemain kebangsaan, namun tetap yakin barisan pemainnya mampu menjelmakan impian mengutip tiga mata ke atas pasukan jemputan dari Singapura itu.
Sandaran utama pengendali dari Croatia pada perlawanan ini pasti tertumpu kepada gandingan berbisa Ahmad Fakri Saarani dan Dickson Nwakaeme selain sentuhan luar biasa Kapten, Mohd Badhri Radzi menerajui jentera tengah setelah kehilangan tiga pemain lain.
“Kami hilang Obinna Nwaneri kerana dia mengumpul enam kad kuning sementara Zairul Fitree Ishak dan Mohd Khairul Izuan Rosli masih mengalami kecederaan. Dari satu sudut, kami mempunyai kelebihan untuk menewaskan Lions XII kerana beraksi di tempat sendiri,” katanya.

--- SINAR HARIAN