HASRAT juara bertahan Kelantan untuk mencari
kemenangan berharga di tempat sendiri tidak kesampaian apabila pasukan
itu dikejutkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-3 dalam perlawanan keempat Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Kegagalan tersebut menyebabkan misi Kelantan untuk mencari slot ke suku akhir sedikit berliku setelah pasukan bimbingan Bojan Hodak itu kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan C.
Manakala kemenangan kedua yang diraih Negeri Sembilan membolehkan mereka merampas kedudukan teratas kumpulan dari Pahang menerusi kutipan tujuh mata berbanding Kelantan, lima mata dengan saingan kumpulan berbaki dua perlawanan.
Dua gol skuad 'The Red Warriors' pada perlawanan itu dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani (m-48) manakala tiga gol pelawat terhasil menerusi jaringan S.Sivanesan (m-12) dan Fabio Leandro Barbosa (m-57 dan m-77).
Satu lagi wakil dalam kumpulan C, Terengganu pula menghidupkan peluang ke suku akhir selepas menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-63 dan Khairul Ramadhan Zauwawi pada masa kecederaan separuh masa kedua manakala gol tunggal pelawat dihasilkan oleh Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-68.
Sementara itu, dalam saingan kumpulan B, pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) diaibkan oleh T-Team 2-1 di Stadium Larkin.
Dalam perlawanan itu, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-43 sebelum Abdul Latiff Suhaimi dan George Boateng masing-masing menyumbang gol T-Team pada minit ke-81 dan pada masa kecederaan separuh masa kedua.
PKNS FC pula gagal mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Felda United di Stadium Mini, Temerloh, Pahang dalam satu lagi aksi kumpulan B.
Penyerang import 'The Settlers', Emmanuel Mazowa menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-40.
Dalam saingan Kumpulan A, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mencerahkan peluang ke suku akhir selepas menumpaskan Johor 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Empat gol skuad 'The Gladiators' dijaringkan oleh Bruno Sebastian Martelotto (m-40 dan m-91), Marlon Alex James (m-77) dan Venice Elphi (m-81) manakala gol tunggal pasukan selatan tanah air itu dijaringkan oleh Mohd Alif Yusof pada minit ke-88.
Sementara itu, Selangor hampir pasti tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim ini selepas hanya sekadar terikat 1-1 menentang Sime Darby FC di Stadium Shah Alam, dalam saingan kumpulan A.
Penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe meletakkan skuad Gergasi Merah di depan pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan untuk Sime Darby FC pada minit ke-78.
Dalam saingan kumpulan D, Sarawak turut mencerahkan peluang ke suku akhir selepas mengalahkan Kedah 4-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Empat gol Sarawak dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke- 55, Muamer Salibasic (m-62), Bobby Gonzales (m-74dan m-78).
Satu lagi saingan kumpulan D pula menyaksikan Lions XII menundukkan Perak 2-1 di Stadium Jalan Besar.
Berikut keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi:
ATM 4 1 Johor
Johor Darul Takzim (JDT) 1 2 T-Team
Felda United 1 0 PKNS FC
Kelantan 2 3 Negeri Sembilan
Selangor 1 1 Sime Darby
Terengganu 2 1 Pahang
Sarawak 4 0 Kedah
Lions XII 2 1 Perak

--- SINAR HARIAN