KOTA BAHARU, 3 April (Bernama) -- Kelantan mempertaruhkan barisan
penyerang tempatan menjelang aksi menentang Terengganu di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu malam.
Jurulatih baharunya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pasukan itu mengharapkan sentuhan penyerang tempatan selepas penyerang importnya, Erwin Carillo tidak dapat beraksi kerana masih belum pulih daripada kecederaan.
"Carrillo masih lagi mengalami kecederaan, ketiadaan Carrillo akan merumitkan tugasan kita di Terengganu nanti tetapi kita tetap akan ke sana, kita tidak akan patah semangat.
"Ini membuka ruang kepada pemain tempatan kita kerana kita ada Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nor Farhan Muhammad, Mohd Khairul Izuan Rosli dan lain-lain, kita akan berjuang habis-habisan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan pemain import Terengganu yang diketuai Gustavo Fabian Lopez dari Argentina dan Paulo Rangel dari Brazil.
"Terengganu juga telah mendapatkan pemain baharu iaitu Issey Nakajima Farran dari Kanada, pemain ini memang menarik dan sudah pasti ia satu ancaman besar buat kita," katanya.
Mohd Azraai berkata beliau berharap pemainnya dapat menjelmakan satu keputusan positif pada pertemuan tersebut memandangkan itu merupakan tugasan pertamanya selepas mengambil alih tugas daripada George Boateng.
"Saya teruja juga dengan tugasan pertama dan harapan kita dapat keputusan positif, kita pergi tempat lawan tidak mahu balik tangan kosong.
"Sekurang-kurangnya seri dan kita tahu moral mereka begitu tinggi berdasarkan persiapan dan rekod tanpa kalah di tempat sendiri, kita akan hadapi tuan rumah yang begitu kuat," katanya.
Pada musim ini, Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super selepas hanya mampu mencatat dua kemenangan dalam lima perlawanan dan kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan tujuh mata.
-- BERNAMA