Jose Da Silva Filho berkata, kontraknya berakhir hujung bulan ini dan
sehingga kini tidak pasti sama ada khidmatnya diperlukan atau sebaliknya
untuk memperkuatkan skuad pantai timur.
“Keinginan saya tinggi kekal bermain bersama Kelantan tetapi sedar mungkin sukar kerana skuad berdepan masalah kewangan.
“Saya ada keluarga di Brazil dan mereka mengharapkan sumber kewangan
menyara kehidupan daripada saya yang bekerja selaku pemain bola sepak,”
katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ketika pemain yang dikenali sebagai Gilmar itu menjadi buruan pasukan
lain, berbeza pula pendirian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
apabila dikatakan tidak berminat menyambung khidmat pemain Sao Paulo,
Brazil itu.
Jika itu berlaku, Kafa bakal berdepan penyesalan apabila melepaskan
pemain import yang komited sekali gus mengingatkan kembali episod
penghijrahan Dickson Nwakaeme ke Pahang.
--- SINAR HARIAN